"Pengakap 20 SMK Tg. Datuk Sekali Pengakap, Terus Pengakap" Pengakap 20 SMK PERTAMA: March 2011

Sunday, March 13, 2011

Membersihkan Tanah Perkuburan

Membersihkan Tanah Perkuburan 2011
Lokasi: Tanah Perkuburan Kg. Teluk Ramunia
Tarikh: 13 Mac 2011

Aktiviti ini menjadi rutin setaip tahun namun lokasinya sering diubah pada setiap tahun. Pada tahun ini, tanah perkuburan Teluk Ramunia dipilih kerana keluasannya agak besar dan ahli Pengakap yang melibatkan diri juga agak ramai. Walaupun cuaca agak menggangu pada awal pagi iaitu hujan, ahli Pengakap 20 tetap bersemangat untuk meneruskan aktiviti ini. Aktiviti ini dimulakan dengan ucapan pemimpin dan ketua kampung Teluk Ramunia. Semua ahli Pengakap diberi perkakasan secukupnya agar dapat menjayakan aktiviti tersebut. Makanan dan minuman juga disediakan kepada ahli Pengakap oleh ketua kampung. Banyak tugas dapat dilakukan iaitu mencangkul rumput, membakar sampah, mengais sampah dan menebang pokok. Semua ahli Pengakap melakukan tugas dengan penuh tekad. Apabila segala tugas berjaya diselesaikan, semua ahli Pengakap berkumpul. Pemimpin dan ketua kampung memberikan ucapan terima kasih kepada ahli Pengakap dan semua ahli berkumpul beramai-ramai dan mengambil gambar bersama-sama







Membersihkan kawasan perkuburan 





Menebang pokok


Mengumpulkan sampah untuk dibakar



Bergambar beramai - ramai bersama ketua kampung dan JKK

Wednesday, March 2, 2011

Istiadat Mengibar Bendera

Sempena Hari Lord Baden Powell

Lokasi: Padang SMK Tg.Datuk
Tarikh: 2 Mac 2011


Istiadat mengibar bendera ini diadakan bagi menyambut Hari Lord Baden Powell iaitu pengasas pergerakan Pengakap yang disambut pada 22 Februari pada setap tahun. Istadat ini diadakan bagi melatih ahli Pengakap 20 agar mahir dalam istiadat Pengakap. Pengakap 20 juga dilatih untuk bertindak mengkut isyarat tangan dengan membuat barisan seperti ladam kuda, menegak, dan melintang bertiga-tiga. Selain itu, penerangan mengenai sejarah dan latar belakang BP juga diadakan supaya semua ahli Pengakap 20 mengenali pengasas Pengakap di dunia ini. Persembahan nyanyian dan tarian juga diadakan agar Pengakap 20 tidak bosan dengan aktiviti yang dijalankan.




Melipat dan mengikat bendera


Berbaris secara mendatar


Berbaris secara bertiga-tiga


Berbaris secara ladam kuda



Persembahan nyanyian


Pengenalan latar belakang Baden Powell