"Pengakap 20 SMK Tg. Datuk Sekali Pengakap, Terus Pengakap" Pengakap 20 SMK PERTAMA: May 2011

Monday, May 30, 2011

Jambori 1Malaysia

Himpunan Sejuta Belia


Lokasi:  Kem Presint 2, Putrajaya
Tarikh: 26 - 29 Mei 2011

Jambori ini diadakan buat kali keduanya di Putrajaya bagi menyambut Hari Belia Negara. Tema pada tahun ini merupakan Himpunan Sejuta Belia iaitu anggaran belia yang akan hadr ke Putrajaya sepanjang tarikh tersebut ialah 1 juta orang. Pelbagai aktiviti diadakan dan antaranya ialah JOTA Kebangsaan. Ada juga aktiviti pameran, kraftangan, khidmat sukarelawan dan sebagainya. Pengakap 20 menghantar seramai lebih kurang 100 orang ke jambori ini. Penyertaan dari pasukan Pengakap 20 ini juga menjadikan Pengakap Kota Tinggi sebagai kontinjen yang mempunyai penyertaan teramai dalam negeri Johor. Syabas Pengakap 20!




Promo Himpunan Sejuta Belia

Monday, May 16, 2011

Jamuan Pasukan Kawad

Raikan Kemenangan

Lokasi: Padang kawad SMK Tg. Datuk
Tarikh: 16 Mei 2011

Jamuan kali ini diadakan bagi meraikan kemenangan pasukan kawad kaki yang telah mendapat Johan bagi pasukan lelaki manakala Naib Johan bagi pasukan perempuan yang baru pertama kali menyertai pertandingan itu. Selain itu, jamuan ini diadakan bagi mengukuhkan dan mengekalakan kesepaduan antara ahli pasukan kawad kaki agar sentiasa bersatu tidak kira dalam apa jua keadaan tidak kira tempat dan masa meskipun bukan di dalam barisan kawad lagi. Bersatu Teguh, Bercerai Roboh.



Memasak roti jala



Menikmati jamuan



Membakar ayam



Membakar ayam


Menyanyikan lagu-lagu



Hasil ayam bakar