"Pengakap 20 SMK Tg. Datuk Sekali Pengakap, Terus Pengakap" Pengakap 20 SMK PERTAMA

Tuesday, February 1, 2011

HICAMP 3: GREEN TECH

3rd Higher Institution Camp

Lokasi: Hutan UTM, Skudai Johor
Tarikh: 27-30 Januari 2011

Pengakap 20 telah menghantar seramai lebih kurang 40 orang ahlinya ke kem ini. Kem ini merupakan kal pertama Pengakap 20 terlibat dalam kem institusi pengajian tinggi. Antara aktiviti yang dilakukan ialah membna pintu gerbang, kembara malam, berjalan kaki, berkayak, khidmat masyarakat dan lawatan mengelilingi UTM. Ceramah tentang jenayah juga diadakan bagi meningkatkan kesedaran Pengakap tentang jenayah yang berlaku di sekeliling. Meskipun banyak aktiviti yang dilakukan agak terganggu dek hujan lebat yang turun tanpa henti sepanjang perkhemahan namun perkhemahan tersebut adalah berjaya. Kerjasama sepasukan Pengakap 20 menjadikan aktiviti di tapak kem kontinjen Kota Tinggi berjalan lancar. Apa yang penting? Kerjasama!




Membuat pintu gerbang kontinjen Kota Tinggi


Bergambar sepasukan




Bergambar di bangunan Sultan Iskandar


Perasmian HICAMP 3


Bergambar beramai-ramai


Taklimat kayak



Persembahan malam Pengakap


Nyanyian dan tarian



Khidmat Masyarakat di Hutan Gng. Pulai 2



Bergambar setelah perasmian penutup



Saturday, January 1, 2011

Sejarah Pengakap Malaysia

Permulaan Suatu Kejayaan





Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England). 
      Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.
      Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915.
      Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar.
      Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong. 
      Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia. 
      Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910 Singapura F.C. Sands 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone 1926 Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J. Gracle 1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis.
 Secara Ringkasnya:
1. F.C Sands di Singapura ( 1910 )
2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 )
3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 )
4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922)
5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 )
6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 )
7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 )
8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 )
9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 )
10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 )
11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 )
12. Sarawak ( 1915 )
Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia.

Sunday, September 26, 2010

Jamuan Hari Raya Pengakap


Jamuan Hari Raya Pengakap
Lokasi: Kg. Sg. Kapal
Tarikh: 26 September 2010

Jamuan Hari Raya ini merupakan yang pertama dianjurkan oleh Pengakap 20. Sehari sebelum tarikh jamuan, semua ahli Pengakap yang terlibat bertungkus - lumus memasak makanan selama sehari suntuk. Pelbagai hidangan disediakan terutama sekali hidangan wajib bagi hari raya iaitu ketupat, rendang, kuah lodeh dan sebagainya. Idea berasal dari pemimpin Pengakap 20 itu sendiri diluahka menjadi realiti dan ia dikatakan sebagai berjaya kerana jamuan ini cukup besar untuk dijadikan sebagai 'Open House'. Semua guru-guru SMK Tg.Datuk  telah dijemput hadir dan begitu juga pendduk Kg. Sg. Kapal.




Bergambar beramai - ramai


guru - guru menjamah jamuan yang disediakan.

Saturday, August 28, 2010

Program Sekampit Beras bersama ABIM Kota Tinggi

Sekampit Beras ABIM Kota Tinggi
Lokasi: Pasir Gogok dan Kg.Tg.Serindit
Tarikh: 28 Ogos 2010

Program ini dianjurkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dengan kerjasama oleh persatuan - persatuan NGO yang lain seperti kelab berkereta Twister dan sebagainya sebagai satu usaha untuk membantu asnaf-asnaf bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan dan kemuliaan. Pasukan Pengakap SMK Tg. Datuk mengambil peluang untuk bersama-sama terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan tersebut. Hal ini dapat dilihat sebagai satu usaha yang patut dilakukan pada setiap tahun agar dapat membela golongan yang kurang bernasib baik. Hal ini juga dapat dilihat sebagai satu bantuan kemanusiaan dan dapat mendedahkan kepada ahli-ahli Pengakap bahawa di Malaysia ini masih lagi ada manusia yang sangat memerlukan bantuan sama seperti mereka yang berada di negara-negara miskin.





Ahli - ahli Pengakap sedang memunggah barang -barang untuk diagihkan kepada asnaf-asnaf.



Ucapan dan tazkirah disampaikan


Para asnaf memilih baju-baju yang disedekahkan 


Ahli - ahli Pengakap yang terlibat 

Pemimpin memberikan sumbangan kepada asnaf



Keadaan persekitaran Kg. Tg. Serindit


Ahli Pengakap berehat di jeti

Memunggah barang - barang untuk diberi kepada asnaf

Saturday, August 21, 2010

Majlis Tilawah Al-Quran dan Tadarus Al - Quran Peringkat Negeri Johor

Majlis Tilawah Al - Quran dan Tadarus Al - Quran Peringkat Negeri Johor
Lokasi: Kem Jubli Intan, Tanjung Labuh, Batu Pahat 
Tarikh:21 Ogos 2010

Majlis Tilawah Al-Quran dan Tadarus Al - Quran merupakan aktiviti rutin yang sering dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Johor pada setiap tahun. Ia dianjurkan bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan dan kemuliaan. Banyak pertandingan dianjurkan seperti Tilawah Al-Quran pada pelbagai peringkat iaitu Pengakap Muda dan Remaja. Selain itu, terdapat juga ahli Pengakap yang dihantar bagi mengagihkan makanan sebagai sumbangan sedekah untuk berbuka puasa ke sekitar daerah kecil Batu Pahat. Pengakap 20 ada juga mengahantar wakil bagi kedua-dua aktiviti ini tetapi wakil bagi pertandingan Tilawah Al-Quran itu kurang bernasib baik. 

Wednesday, June 9, 2010

Skuad Kawad Kaki 2010

Tetap Wujud

2010 - Meskipun tiada pertandingan kawad kaki di peringkat daerah pada tahun ini atas sebab-sebab yang tertentu, Skuad Kawad Kaki tetap diwujudkan untuk bertanding di peringkat sekolah dalam Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform Peringkat Sekolah. Skuad ini berjaya mendapat Johan bagi pasukan lelaki manakala bagi pasukan perempuan pula hanya layak mendapat Naib Johan sahaja.




Pasukan Lelaki




Pasukan Perempuan