"Pengakap 20 SMK Tg. Datuk Sekali Pengakap, Terus Pengakap" Pengakap 20 SMK PERTAMA

Saturday, July 7, 2012

Jamuan Pasukan Kawad Pengakap

Jamuan Pengakap Pasukan Kawad Kaki

Lokasi: SMK Tg. Datuk
Tarikh: 7 Julai 2012

Jamuan ini diadakan bagi meraikan kemenangan pasukan kawad kaki lelaki dan perempuan semasa peringkat daerah kerana pasukan lelaki telah berjaya untuk sekali lagi mempertahankan kejuaraan yang telah 5 tahun dipegang oleh SMK Tg.Datuk. Pasukan perempuan pula walaupun baru 2 tahun bertanding sudah berjaya menduduki tangga Johan daerah pada tahun ini. Kejayaan ini dikatakan sangat bersejarah kerana buat pertama kalinya pasukan kawad kaki Pengakap 20 menghantar kedua-dua pasukan untuk bertanding di peringkat daerah dan johan menjadi milik Pengakap 20 bagi kedua-dua kategori. Walaupun hampa pada peringkat negeri iaitu hanya berjaya mendapat tempat ke-5 bagi kedua - dua pasukan namun kemenangan di peringkat daerah perlu disambut. Moga-moga kejayaan ini akan berulang dan dapat dipertahankan pada tahun hadapan.




Makanan yang dihidangkan


Menyanyikan beberapa buah lagu sambil bermain gitarnya






Bergambar bersama-sama


Ucapan pemimpin dan jurulatih kawad kaki


Pengakap Kelana


Berkumpul dan menyanyikan beberapa buah lagu




Tuesday, June 26, 2012

International Jamboree 2012

LANGKAWI GEOPARK MARITIME INTERNATIONAL SCOUT JAMBOREE AND ROVER MOOT

LANGKAWI- Jamboree Langkawi Geopark Maritime International  Scout Jamboree and Rover Moot

Tarikh:12 hingga 17 Disember 2012
Tempat: Pulau Langkawi

.









































Monday, May 28, 2012

Jambori Satu Malaysia

Himpunan Jutaan Belia

Lokasi: Kem Presint 2, Putrajaya
Tarikh: 23-27 Mei 2012

Tahun ini merupakan tahun ketiga acara ini dianjurkan. Pada tahun ni juga, Pengakap 20 menghantar wakilnya serama lebih kurang seratus orang. Pada tahun ini juga, Pengakap Kota Tinggi merupakan pasukan yang kedua teramai penyertaan di dalam negeri Johor dengan penyertaan seramai 457 orang. Pengakap 20 juga menghantar penyertaan bagi kawad berirama teramai di Malaysia bagi memecahkan Malaysia's Book Of  Records dan penyertaan seramai lebih dari 500 Pengakap seluruh negeri Johor dengan penyertaan teramai dar daerah Kota Tinggi, akhirnya rekod itu berjaya dipecahkan. Tahniah kepada mereka semua!



Promo tahun 2012


Taklimat aktiviti sepanjang perkhemahan




Menyertai 'kawad kaki berirama teramai'
dan
memecahkan 'Malaysia Book of Records'

Bergambar bersama maskot keselamatan jalan raya




Pameran Grafitti

Saturday, May 5, 2012

Pertandingan Kawad Kaki NGO

Peringkat Negeri Perempuan 2012

Lokasi: Kem Tg.Labuh, Batu Pahat
Tarikh: 5 Mei 2012

Pasukan perempuan yang julung kalinya menjadi Johan daerah dihantar mewakili daerah Kota Tinggi bagi pertandingan di peringkat negeri. Pada tahun ini, ia dilangsungkan di Batu Pahat. Walaupun baru pertama kali mewakili daerah Kota Tinggi mara ke peringkat negeri, harapan untuk menjad Johan disemat dalam jiwa.Namun, kemenangan tidak berpihak kepada pasukan ini dan hanya berjaya menduduki tempat ke-5 sahaja dari sepuluh pasukan.Pasukan ini akan dihantar lagi mewakili Pengakap 20 pada tahun hadapan. Mencuba Maju Berjaya!


Keadaan di bilik persalinan




Bersiap untuk pemeriksaan pakaian




Menunggu untuk masuk ke padang.

Thursday, May 3, 2012

Pertandingan Kawad Kaki NGO

Peringkat Negeri Lelaki 2012

Lokasi: SMK Anjung Batu, Mersing
Tarikh:3 Mei 2012

Setelah memenangi Johan di peringkat daerah. Pengakap 20 meneruskan lag perjuangan di perngkat negeri pula. Pada tahun ini, ia dilangsungkan di Mersing. Namun pada tahun ini nasib tidak menyebelahi dan hanya berjaya mendapat tempat ke -5 sahaja. Teruskan usaha Pengakap 20!


GPK Koko dan Pemimpin



Bersedia untuk pemeriksaan pakaian



Berehat setelah habis berkawad

Tuesday, May 1, 2012

Tahniah Skuad Kawad Kaki 2012

Syabas Semua!

April, 2012 - Pengakap 20 telah menghantar skuad kawad kaki 2012 untuk menyertai Pertandingan Kawad Kaki peringkat Daerah Kota Tinggi di SM Sains Bandar Penawar. Kedua - dua pasukan telah menunjukkan prestasi yang begitu memberangsangkan dan persembahan yang ditunjukkan sangat memukau dan berjaya menambat hati juri. Pada tahun ini, pasukan lelaki berjaya untuk kali ke-5 berturut-turut mendapat Johan di peringkat daerah. Selain itu, pasukan perempuan juga telah berjaya buat pertama kalinya mara ke peringkat negeri dan mendapat Johan juga di peringkat daerah. Pencapaian ini cukup membanggakan meskipun pasukan perempuan baru menyertai buat kali yang ke-2. Tahniah!






Johan Kategori Lelaki Pertandingan Kawad Kaki NGO Peringkat Daerah Kota Tinggi




Johan Ketogori Perempuan Pertandingan Kawad Kaki NGO Peringkat Daerah Kota Tinggi






Syabas dan tahniah kepada semua!