Tuesday, June 26, 2012
Monday, May 28, 2012
Jambori Satu Malaysia
Himpunan Jutaan Belia
Lokasi: Kem Presint 2, Putrajaya
Tarikh: 23-27 Mei 2012
Tahun ini merupakan tahun ketiga acara ini dianjurkan. Pada tahun ni juga, Pengakap 20 menghantar wakilnya serama lebih kurang seratus orang. Pada tahun ini juga, Pengakap Kota Tinggi merupakan pasukan yang kedua teramai penyertaan di dalam negeri Johor dengan penyertaan seramai 457 orang. Pengakap 20 juga menghantar penyertaan bagi kawad berirama teramai di Malaysia bagi memecahkan Malaysia's Book Of Records dan penyertaan seramai lebih dari 500 Pengakap seluruh negeri Johor dengan penyertaan teramai dar daerah Kota Tinggi, akhirnya rekod itu berjaya dipecahkan. Tahniah kepada mereka semua!
Saturday, May 5, 2012
Pertandingan Kawad Kaki NGO
Peringkat Negeri Perempuan 2012
Lokasi: Kem Tg.Labuh, Batu Pahat
Tarikh: 5 Mei 2012
Pasukan perempuan yang julung kalinya menjadi Johan daerah dihantar mewakili daerah Kota Tinggi bagi pertandingan di peringkat negeri. Pada tahun ini, ia dilangsungkan di Batu Pahat. Walaupun baru pertama kali mewakili daerah Kota Tinggi mara ke peringkat negeri, harapan untuk menjad Johan disemat dalam jiwa.Namun, kemenangan tidak berpihak kepada pasukan ini dan hanya berjaya menduduki tempat ke-5 sahaja dari sepuluh pasukan.Pasukan ini akan dihantar lagi mewakili Pengakap 20 pada tahun hadapan. Mencuba Maju Berjaya!
Keadaan di bilik persalinan
Bersiap untuk pemeriksaan pakaian
Menunggu untuk masuk ke padang.
Thursday, May 3, 2012
Pertandingan Kawad Kaki NGO
Peringkat Negeri Lelaki 2012
Lokasi: SMK Anjung Batu, Mersing
Tarikh:3 Mei 2012
Setelah memenangi Johan di peringkat daerah. Pengakap 20 meneruskan lag perjuangan di perngkat negeri pula. Pada tahun ini, ia dilangsungkan di Mersing. Namun pada tahun ini nasib tidak menyebelahi dan hanya berjaya mendapat tempat ke -5 sahaja. Teruskan usaha Pengakap 20!
GPK Koko dan Pemimpin
Bersedia untuk pemeriksaan pakaian
Berehat setelah habis berkawad
Tuesday, May 1, 2012
Tahniah Skuad Kawad Kaki 2012
Syabas Semua!
April, 2012 - Pengakap 20 telah menghantar skuad kawad kaki 2012 untuk menyertai Pertandingan Kawad Kaki peringkat Daerah Kota Tinggi di SM Sains Bandar Penawar. Kedua - dua pasukan telah menunjukkan prestasi yang begitu memberangsangkan dan persembahan yang ditunjukkan sangat memukau dan berjaya menambat hati juri. Pada tahun ini, pasukan lelaki berjaya untuk kali ke-5 berturut-turut mendapat Johan di peringkat daerah. Selain itu, pasukan perempuan juga telah berjaya buat pertama kalinya mara ke peringkat negeri dan mendapat Johan juga di peringkat daerah. Pencapaian ini cukup membanggakan meskipun pasukan perempuan baru menyertai buat kali yang ke-2. Tahniah!
Johan Kategori Lelaki Pertandingan Kawad Kaki NGO Peringkat Daerah Kota Tinggi
Johan Ketogori Perempuan Pertandingan Kawad Kaki NGO Peringkat Daerah Kota Tinggi
Syabas dan tahniah kepada semua!
Saturday, April 21, 2012
Pertandingan Kawad Kaki NGO
Peringkat Daerah 2012
Lokasi: Dataran SM Sains Kota Tinggi
Tarikh: 21 April 2012
Seperti biasa pada tahun ini Pengakap 20 menghantar satu lagi pasukan untuk mewakili sekolah dalam kategori NGO. Pada tahun ini juga, Pengakap 20 telah menghantar pasukan perempuan untuk kali kedua. Latihan bagi kedua-dua pasukan ini dijalankan secara serentak tidak kira pagi,petang mahupun malam sama ada pada waktu persekolahan ataupun cuti. Usaha keras yang dilakukan bermula dari bulan Februari lagi ini telah membuahkan hasil. Pasukan lelaki berjaya mempertahankan gelaran Johan Daerah untuk kali ke-5 berturut-turut. Selain itu, pasukan perempuan juga telah berjaya merampas gelaran Johan Daerah buat kali pertama meskipun baru hanya dua kali menceburkan dalam arena ini. Semua ini berkat kerjasama pasukan dan juga latihan yang dijalankan oleh En.Taufiq sendiri.
Pasukan kawad kaki Pengakap 20
Pasukan Perempuan sebelum pemeriksaan pakaian
Ketika pemeriksaan pakaian
Bergambar bersama
Pasukan Lelaki mendapat Johan Daerah
Pengakap Perempuan mendapat Johan Daerah
Bergambar beramai-ramai dengan hadiah yang dimenangi