"Pengakap 20 SMK Tg. Datuk Sekali Pengakap, Terus Pengakap" Pengakap 20 SMK PERTAMA

Friday, January 11, 2013

11TH Macedonia Scout Jamboree

Macedonia


Tarikh: 20-28 Julai 2013
Tempat: Skrebatno

Pelancaran 'Program Angkut Air'

Selangor

Persatuan Pencinta Air Terjun Selangor akan mengadakan pada

Tarikh: 23 Januari 2013
Tempat: Sg. Lian, Ulu Selangor
Masa: 9.00 pagi

Semua ahli Pengakap dijemput hadir. Percuma T-Shirt, Skarf dll.
Hubungi 0147314490-0182909793

RISGO

SRI LANKA

Sempena 100 Tahun kepengakapan di Sri Lanka




Tarikh: 18 Februari 2013
Tempat: Lake View Park, International Scouts Centre, Dharamaraja College Kandy, Sri Lanka
Masa: 8 a.m.

Wednesday, January 9, 2013

LISJAROM

Langkawi International Scout Jamboree And Rover Moot


Pada 11-17 Disember yang lepas. Pengakap 20 telah menghantar sepasukan seramai 25 pengakap termasuk pemimpin kumpulannya bagi mewakili Pengakap 20 di LISJAROM. Banyak aktiviti yang dilakukan sepanjang 6 hari perkhemahan  tersebut. Sambutan juga diadakan dengan gilang-gemilang. Sememangnya perkhemahan tersebut banyak memberikan ahli Pengakap 20 pengalaman baru dan pengajaran untuk dikongsi bersama. Semoga Pengakap 20 terus maju dalam arena kepengakapan pada tahun 2013.

Kilim Geoforest Park



Gunung Machincang


Makam Mahsuri


Gua Kelawar


Rumah Mahsuri


Telaga Tujuh


Bergambar bersama Pramuka


Bergambar bersama ular sawa


Bergambar bersama KKM







Monday, December 31, 2012

Jambori Pertama Pengakap Malaysia

Jambori Malaysia Pertama







Pada hari ini dalam tahun 1966, Jambori Pertama Pengakap Malaysia telah diadakan di Teluk Bahang, Pulau Pinang. Jambori ini telah dibuka dengan rasminya oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Lebih 2 ribu pengakap dari sebelas buah negara menyertai Jambori ini. Mereka ialah dari Malaysia, Republik Rakyat China, India, Korea Selatan, Nepal, Singapura, Fillpina, Thailand, Laos, New Zealand, Australia, Ireland dan United Kingdom.
Perkembangan Pergerakan Pengakap di Tanah Melayu bermula sejak tahun 1910 apabila ia ditubuhkan di Singapura dan di Pekan, Pahang. Semenjak itu pergerakan ini telah berkembang ke negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Jambori pengakap pernah diadakan di Pulau Pinang dalam tahun 1927, iaitu semasa pemerintahan Inggeris di negara ini.
Menteri Pengangkutan, Tan Sri Sardon bin Haji Jubir yang juga Pengakap Agung Kebangsaan, dalam ucapan alu-aluannya di hari pembukaan berkata tujuan utama Jambori ini ialah untuk membolehkan anggota-anggota pengakap dari berbilang bangsa, agama, adat resam dan kebudayaan menyesuaikan diri dalam sebuah keluarga yang besar. Jambori ini memberi kesempatan kepada mereka mengamalkan undang-undang pengakap yang keempat iaitu menggalakkan pengakap berbaik-baik di antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan.
Jambori Pertama Pengakap Malaysia yang berlangsung selama 6 hari itu, sesungguhnya telah memberikan faedah dan pengalaman yang baik kepada pengakap-pengakap dari negara-negara yang terilbat.
Jambori Pertama Pengakap Malaysia yang berlangsung selama enam hari itu, sesungguhnya telah memberikan faedah dan pengalaman yang baik kepada pengakap-pengakap dari negara-negara yang terlibat.

Sunday, December 30, 2012

Selamat Kembali ke Sekolah

Sekolah Telah Pun Dibuka

Pengakap 20 ingin mengucapkan selamat kembali ke sekolah. Bagi calon-calon peperiksaan PMR dan SPM   tahun ini diucapkan semoga berjaya. Azam untuk berjaya perlu ada dan kuatkan semangat menempuhi segala onak duri yang bakal dihadapi sepanjang 2013. Pengakap 20 menyokong segala usaha anda.




Tuesday, December 25, 2012

Tahun 2013

Bersiap Sedia 

Pengakap 20 telah bersiap siaga untuk menghadapi kemaraan 2013 dan cabaran-cabarannya. Pelbagai aktiviti menarik bakal diadakan termasuklah jambori di peringkat antarabangsa. Ujian Pentarafan Pengakap Raja pun akan bermula tidak lama lagi. Jadi, apa lagi mahu ditunggu? Segala usaha bermula sekarang bagi mencapai kejayaan di hari esok.