Cabaran Ledang
Lokasi: Gunung Ledang, Ledang, Muar
Tarikh: 10 - 11 Mac 2012
Pengakap 20 buat kali ke-5 datang mencabar puncak Gunung Ledang. Gunung yang dikelaskan sebagai yang ke-6 tercabar di Malaysia ini berjaya ditawan sekali lagi oleh Pengakap 20. Aktiviti anjuran Pengakap 20 dengan kerjasama PPD Kota Tinggi juga menjemput beberapa buah sekolah lain di daerah Kota Tinggi iaitu SMK Bandar Mas, SMK Adela, SMK Semenchu dan SMK Laksamana. Selain itu, penyertaan seramai 99 ahli Pengakap pada kali ini mengikuti laluan Taman Hutan Lagenda. Sebelum ini, Pengakap 20 pernah juga mndaki melalui laluan hadapan iaitu di Gunung Ledang Resort. Semua Pengakap berkhemah di CP-4 iaitu di Kolam Gajah. Puncak Gunung Ledang berjaya ditawan pada 4.40 pagi dengan pasukan pertama dari SMK Adela. Azan Subuh dilaungkan di puncak dan Solat Subuh secara berjemaah juga dilakukan. Cabaran Ledang berjaya!
Deklarasi barang yang dibawa
Berehat di CP 1- Bukit Semput
Berehat di CP 2- Batu Orkid
Tapak perkhemahan
Memasak
Taklimat perjalanan ke puncak
Penanda aras puncak
Bergambar beramai-ramai di puncak gunung Ledang
Pemimpin Pengakap SMK Semenchu
Bergambar bersama pemimpin
Di puncak pada jam 5.25 pagi
Pengakap dari SMK Bandar Mas
Pemimpin Pengakap 20/ Penganjur XPDC
mendaki gunung Ledang
Berada di Gua Majapahit
Berada di Taman Bonsai
Menuruni Batu Hampar
Menuruni Gua Kambing
Ucapan pemimpin
No comments:
Post a Comment