"Pengakap 20 SMK Tg. Datuk Sekali Pengakap, Terus Pengakap" Pengakap 20 SMK PERTAMA

Saturday, April 21, 2012

Pertandingan Kawad Kaki NGO

Peringkat Daerah 2012

Lokasi: Dataran SM Sains Kota Tinggi
Tarikh: 21 April 2012


Seperti biasa pada tahun ini Pengakap 20  menghantar satu lagi pasukan  untuk mewakili sekolah dalam kategori NGO. Pada tahun ini juga, Pengakap 20 telah menghantar pasukan perempuan untuk kali kedua. Latihan bagi kedua-dua pasukan ini dijalankan secara serentak tidak kira pagi,petang mahupun malam sama ada pada waktu persekolahan ataupun cuti. Usaha keras yang dilakukan bermula dari bulan Februari lagi ini telah membuahkan hasil. Pasukan lelaki berjaya mempertahankan gelaran Johan Daerah untuk kali ke-5 berturut-turut. Selain itu, pasukan perempuan juga telah berjaya merampas gelaran Johan Daerah buat kali pertama meskipun baru hanya dua kali menceburkan dalam arena ini. Semua ini berkat kerjasama pasukan dan juga latihan yang dijalankan oleh En.Taufiq sendiri.


Pasukan kawad kaki Pengakap 20



Pasukan Perempuan sebelum pemeriksaan pakaian





Ketika pemeriksaan pakaian


Bergambar bersama


Pasukan Lelaki mendapat Johan  Daerah


Pengakap Perempuan mendapat Johan Daerah


Bergambar beramai-ramai dengan hadiah yang dimenangi



Wednesday, March 14, 2012

Kejayaan Menewaskan Cabaran Ledang

Cabaran Ledang I

2012 - Pasukan Pengakap 20 bersama pemimpinnya aitu En.Taufiq Bin Serah berjaya menewaskan
Cabaran Ledang I. Puncak Mahliga telah berjaya ditawan sekal lagi bersama-sama ahli Pengakap sekolah lain. Kali ini, pasukan yang pertama tiba di puncak adalah pada jam 5.00 pagi. Panorama di puncak pada awal pagi sememangnya menggamit kesemua ahli Pengakap. Azan dilaungkan dan solat subuh secara berjemaah dilakukan buat pertama kalinya di puncak. Kali ini, Cabaran Ledang telah memberikan satu pengalaman yang baru buat para pendakinya.


















Pendaki Pengakap 20 SMK Tg. Datuk



Pendaki Pengakap 37 SMK Bandar Mas 

Monday, March 12, 2012

Ekspedisi Mendaki Gunung

Cabaran Ledang

Lokasi: Gunung Ledang, Ledang, Muar
Tarikh: 10 - 11 Mac 2012

Pengakap 20 buat kali ke-5 datang mencabar puncak Gunung Ledang. Gunung yang dikelaskan sebagai yang ke-6 tercabar di Malaysia ini berjaya ditawan sekali lagi oleh Pengakap 20. Aktiviti anjuran Pengakap 20 dengan kerjasama PPD Kota Tinggi juga menjemput beberapa buah sekolah lain di daerah Kota Tinggi iaitu SMK Bandar Mas, SMK Adela, SMK Semenchu dan SMK Laksamana. Selain itu, penyertaan seramai 99 ahli Pengakap pada kali ini mengikuti laluan Taman Hutan Lagenda. Sebelum ini, Pengakap 20 pernah juga mndaki melalui laluan hadapan iaitu di Gunung Ledang Resort. Semua Pengakap berkhemah di CP-4 iaitu di Kolam Gajah. Puncak Gunung Ledang  berjaya ditawan pada 4.40 pagi dengan pasukan pertama dari SMK Adela. Azan Subuh dilaungkan di puncak dan Solat Subuh secara berjemaah juga dilakukan. Cabaran Ledang berjaya!





Deklarasi barang yang dibawa


Berehat di CP 1- Bukit Semput




Berehat di CP 2- Batu Orkid


Tapak perkhemahan


Memasak




Taklimat perjalanan ke puncak 


Penanda aras puncak 






Bergambar beramai-ramai di puncak gunung Ledang


Pemimpin Pengakap SMK Semenchu


Bergambar bersama pemimpin


Di puncak pada jam 5.25 pagi


Pengakap dari SMK Bandar Mas




Pemimpin Pengakap 20/ Penganjur XPDC 
mendaki gunung Ledang


Berada di Gua Majapahit


Berada di Taman Bonsai


Menuruni Batu Hampar


Menuruni Gua Kambing


Ucapan pemimpin

Monday, March 5, 2012

Ekspedisi Berjalan Kaki

Kembara Malam

Lokasi: Sekitar Kg. Sg. Kapal
Tarikh: 5 Mac 2012

Kembara malam ini dilaksanakan bagi melatih ahli Pengakap yang terlibat untuk mengembara pada waktu malam  sebagai satu latihan untuk mendaki Gunung Ledang. Salah satu perkara yang akan dilakukan di sana ialah mendaki pada tengah malam. Kembara ini dilakukan untuk mlatih Pengakap agar tahan mengantuk dan tahan penat untuk satu tempoh perjalanan yang lama. Hal ini juga adalah untuk membina ketahanan fizikal dan mental serta menjaga kesihatan ahli Pengakap agar mereka bersedia untuk mendaki Gunung Ledang.



Taklimat ringkas dari pemimpin


Mulakan perjalanan




Ketika berehat di CP-1



Dalam perjalanan di sekitar Kg.Sg.Kapal


Melalui jalan di kawasan ladang kelapa sawit


Membuat regangan badan semula bagi melonggarkan otot
yang kejang