"Pengakap 20 SMK Tg. Datuk Sekali Pengakap, Terus Pengakap" Pengakap 20 SMK PERTAMA: 2009

Wednesday, April 15, 2009

Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah

Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Kota Tinggi 2009
Lokasi: SM Sains Bandar Penawar
Tarikh: 15 April 2009

Pertandingan kawad kaki pasukan Pengakap telah dihantar lagi. Setelah bertungkus - lumus berlatih di dataran kejat SMK Tg.Datuk bermula 3 Mac 2009. Aktiviti ini sememangnya rutin bagi Pengakap 20. Atas usaha ketua kumpulan Pengakap 20, En. Taufiq B. Serah yang  merupakan jurulatih pasukan ini, pasukan ini telah berjaya membawa pulang piala sebagai Johan kawad kaki kategori pasukan NGO. Sebenarnya, walaupun panas dan hujan serta ribut, beliau sentiasa ada bersama ahli - ahli Pengakap dan sedia mengorbankan masa untuk bersama ahli Pengakap di dataran kejat pada hampir setiap petang.  


Bergamba bersama beramai-ramai meraikan kemenangan

Saturday, January 24, 2009

Sambutan 100 Tahun Pengakap Malaysia

Sambutan 100 Tahun Pengakap Malaysia
Lokasi: Stadium Negara, Kuala Lumpur
Tarikh: 24 April 2009

Sambutan 100 Tahun Persekutuan Pengakap Malaysia ini bertujuan untuk menyambut ulang tahun pertubuhan ini yang ke- 100 tahun sejak ia mula bertapak di negara ini. Kumpulan 20 SMK Tg. Datuk menghantar wakil seramai lebih kurang 50 otrang sebagai wakil daerah Kota Tinggi untuk memeriahkan lagi majlis. Majlis disempurnakan dengan ucapan Perdana Menteri Malaysia yang ke - 5, Dato' Haji. Abdullah Bin Ahmad Badawi. Selain, Ketua Pengakap Malaysia, Dato' Haji Shafiee Salleh juga tidak melepaskan peluang untuk menyampaikan ucapannya dengan penuh semangat. 


Setelah majlis itu tamat, ahli Pengakap dibawa melawati tempat-tempat penting di sekitar Kuala Lumpur seperti Masjid Negara, Pasar Seni dan juga di Putarajaya.




Bergambar beramai - ramai di hadapan Masjid Negara








Bergambar beramai - ramai di luar bangunan Pos Malaysia






Bergambar beramai - ramai  di luar Pasar Seni

Masjid Putrajaya