"Pengakap 20 SMK Tg. Datuk Sekali Pengakap, Terus Pengakap" Pengakap 20 SMK PERTAMA: February 2013

Saturday, February 9, 2013

Membersihkan Tanah Perkuburan 2013

Khidmat Masyarakat

Lokasi: Tanah Perkuburan Sungai Rengit
Tarikh: 9 Februari 2013

Rutin tahunan diteruskan lagi pada tahun ini iaitu membersihkan tanah perkuburan Sungai Rengit. Meskipun sambutan pada tahun ini kurang berbanding pada tahun lepas namun pelaksanaannya tetap berjaya. Seramai lebih kurang 60 ahli Pengakap turut seta dalam operasi tersebut. Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua ahli Pengakap yang menjayakan aktiviti tersebut. Syabas Pengakap 20!


Mengais sampah-sarap





mencabut rumput-rumput kering


Ahli Pengakap Remaja



Membakar sampah yang dikumpul





Bergambar beramai-ramai setelah selesai membersihkan tanah perkuburan


Wednesday, February 6, 2013

Ketua Komanden 2012

Berjaya Mengukir Sejarah Bagi 2012

Ketua Komand Pasukan Lelaki: Nik Mohd Shafiq Bin Musa
Ketua Komand Pasukan Perempuan: Nurul Atikah Binti Jamal



Nik Mohd Shafiq Bin Musa










Nurul Atikah Binti Jamal










Tuesday, February 5, 2013

Sekalung Tahniah Dan Penghargaan

Lulus Dalam Ujian Sikap

Sejarah telah berjaya dicipta oleh wakil P20 yang telah dihantar bagi menduduki ujian sikap pentarafan Pengakap Raja baru-baru ini. Dia telah berjaya lulus tanpa syarat dengan ranking yang pertama bagi Ujian Sikap tersebut. Sejarah juga telah dicipta bahawa wakil tersebut merupakan ahli Pengakap 20 yang pertama menduduki ujian sikap dan lulus untuk ke pentarafan Pengakap Raja. Syabas dan tahniah! Semoga anda akan berjaya dalam Pentarafan Pengakap Raja pada ulan Mac ini dan harumkanlah nama Pengakap 20.


Aakil P20: Ahmad Syauqi Bin Taufiq


Mengambil sijil kelulusan ujian sikap

Monday, February 4, 2013

Ujian Sikap Pengakap Raja 2013

Perkhemahan Pengembaraan

Lokasi: Kem Jubli Intan, Tanjung Labuh,Batu Pahat, Johor Darul Ta'zim.
Tarikh: 1-3 Februari 2013

Baru-baru ini Pengakap 20 telah menghantar seorang wakil Pengakap 20 yang turut mewakili daerah Kota Tinggi bagi ujian sikap pentarafan Pengakap Raja. Ujian ini merupakan pra-pentarafan Pengakap Raja dan merupakan perkhemahan pengembaraan. Perkhemahan tersebut dijalankan selama 3 hari 2 malam di  kem Tanjung Labuh. Pelbagai ujian dijalankan bagi memastikan bahawa Pengakap yang diuji benar-benar layak untuk menduduki pentarafan Pengakap Raja. Aspek utama yang diuji ialah Buku Log, Pengembaraan, 'Bivouvac' atau pondok sementara, Bushmentong dan Sikap. 



pondok sementara yang telah siap


bergambar bersama 'Bivouvac'






Pengembaraan Berjalan Kaki 20 KM


Mengambil sijil 

Friday, February 1, 2013

1st World Scout Education Congress 2013

Hong Kong



Tarikh: 21-25 November 2013
Info PPM Johor

Planet 13 - 13TH International Jamboree

Planet 13 Scout Jamboree



Lokasi: St.Georgen Attergen, Austria
Tarikh: 5-14 Ogos 2013

Jambori Pengakap Melaka

Bandaraya Bersejarah Warisan Dunia kali ke-9

PPM Melaka
Lokasi: Kem Pengakap Bukit Katil Melaka
Tarikh: 24-29 Mei 2013