"Pengakap 20 SMK Tg. Datuk Sekali Pengakap, Terus Pengakap" Pengakap 20 SMK PERTAMA: March 2012

Wednesday, March 14, 2012

Kejayaan Menewaskan Cabaran Ledang

Cabaran Ledang I

2012 - Pasukan Pengakap 20 bersama pemimpinnya aitu En.Taufiq Bin Serah berjaya menewaskan
Cabaran Ledang I. Puncak Mahliga telah berjaya ditawan sekal lagi bersama-sama ahli Pengakap sekolah lain. Kali ini, pasukan yang pertama tiba di puncak adalah pada jam 5.00 pagi. Panorama di puncak pada awal pagi sememangnya menggamit kesemua ahli Pengakap. Azan dilaungkan dan solat subuh secara berjemaah dilakukan buat pertama kalinya di puncak. Kali ini, Cabaran Ledang telah memberikan satu pengalaman yang baru buat para pendakinya.


















Pendaki Pengakap 20 SMK Tg. Datuk



Pendaki Pengakap 37 SMK Bandar Mas 

Monday, March 12, 2012

Ekspedisi Mendaki Gunung

Cabaran Ledang

Lokasi: Gunung Ledang, Ledang, Muar
Tarikh: 10 - 11 Mac 2012

Pengakap 20 buat kali ke-5 datang mencabar puncak Gunung Ledang. Gunung yang dikelaskan sebagai yang ke-6 tercabar di Malaysia ini berjaya ditawan sekali lagi oleh Pengakap 20. Aktiviti anjuran Pengakap 20 dengan kerjasama PPD Kota Tinggi juga menjemput beberapa buah sekolah lain di daerah Kota Tinggi iaitu SMK Bandar Mas, SMK Adela, SMK Semenchu dan SMK Laksamana. Selain itu, penyertaan seramai 99 ahli Pengakap pada kali ini mengikuti laluan Taman Hutan Lagenda. Sebelum ini, Pengakap 20 pernah juga mndaki melalui laluan hadapan iaitu di Gunung Ledang Resort. Semua Pengakap berkhemah di CP-4 iaitu di Kolam Gajah. Puncak Gunung Ledang  berjaya ditawan pada 4.40 pagi dengan pasukan pertama dari SMK Adela. Azan Subuh dilaungkan di puncak dan Solat Subuh secara berjemaah juga dilakukan. Cabaran Ledang berjaya!





Deklarasi barang yang dibawa


Berehat di CP 1- Bukit Semput




Berehat di CP 2- Batu Orkid


Tapak perkhemahan


Memasak




Taklimat perjalanan ke puncak 


Penanda aras puncak 






Bergambar beramai-ramai di puncak gunung Ledang


Pemimpin Pengakap SMK Semenchu


Bergambar bersama pemimpin


Di puncak pada jam 5.25 pagi


Pengakap dari SMK Bandar Mas




Pemimpin Pengakap 20/ Penganjur XPDC 
mendaki gunung Ledang


Berada di Gua Majapahit


Berada di Taman Bonsai


Menuruni Batu Hampar


Menuruni Gua Kambing


Ucapan pemimpin

Monday, March 5, 2012

Ekspedisi Berjalan Kaki

Kembara Malam

Lokasi: Sekitar Kg. Sg. Kapal
Tarikh: 5 Mac 2012

Kembara malam ini dilaksanakan bagi melatih ahli Pengakap yang terlibat untuk mengembara pada waktu malam  sebagai satu latihan untuk mendaki Gunung Ledang. Salah satu perkara yang akan dilakukan di sana ialah mendaki pada tengah malam. Kembara ini dilakukan untuk mlatih Pengakap agar tahan mengantuk dan tahan penat untuk satu tempoh perjalanan yang lama. Hal ini juga adalah untuk membina ketahanan fizikal dan mental serta menjaga kesihatan ahli Pengakap agar mereka bersedia untuk mendaki Gunung Ledang.



Taklimat ringkas dari pemimpin


Mulakan perjalanan




Ketika berehat di CP-1



Dalam perjalanan di sekitar Kg.Sg.Kapal


Melalui jalan di kawasan ladang kelapa sawit


Membuat regangan badan semula bagi melonggarkan otot
yang kejang



Saturday, March 3, 2012

Mendaki Bukit Ayam

Mendaki Bukit Ayam
Lokasi: Bukit Ayam, Kg. Sg. Kapal
Tarikh: 3 Mac 2012

Pendakian Bukit Ayam ini dilakukan bertujuan agar ahli-ahli Pengakap 20 SMK Tg. Datuk berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. Ia juga dilaksanakan bertujuan agar ahli-ahli Pengakap yang terlibat bersedia untuk mendaki Gunung Ledang yang akan di daki pada 10 Mac nanti. Ahli Pengakap diberi pendedahan agar tidak gayat dan takut terhadap tempat-tempat yang tinggi. Ia bagi memastikan ahli Pengakap tidak akan mengalami kesukaran untuk mendaki Gunung Ledang yang merupakan gunung yang ke-6 paling mencabar untukj didaki di Malaysia ini. Kesukaran yang dimaksudkan itu merangkumi aspek kesihatan fizikal dan juga ketahanan mental seseorang Pengakap.




Stesen Trigonometri yang terdapat di puncak bukit


Pemimpin sedang menganggar ketinggian bukit 




Ahli - ahli Pengakap sedang mendaki 





Pemandangan sekeliling yang dapat dilihat dari puncak


Ahli Pengakap yang berada di puncak


Menuruni Bukit Ayam