"Pengakap 20 SMK Tg. Datuk Sekali Pengakap, Terus Pengakap" Pengakap 20 SMK PERTAMA: November 2011

Friday, November 25, 2011

Jambori Malaysia ke-12

Terengganu International Scout Jamboree

Lokasi: Kem Telaga Batin, Kuala Terengganu
Tarikh: 19-24 November 2011

Kali ini, Pengakap 20 menghantar wakilnya ke Jambori Malaysia ke-12. Jambori ini hanya akan diadakan empat tahun sekali sahaja. Kesemua Pengakap melakukan segala aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.Tidak kurang juga ada yang melibatkan diri dengan berinteraksi dengan Scouts dari negara lain yang hadir seperti Sri Lanka Scout, Singapore Scout, Pramuka Indonesia, India Scout, Pengakap Brunei, Maldives Scout dan banyak lagi negara lain. Pengakap 20 telah didedahkan kepada masyarakat dunia luar yang berasal dari negara-negara asing dan menjadikan mereka mahir dalam komunikasi dan interaksi. Pengakap 20 menjadi semakin berani untuk maju ke hadapan.




Persembahan malam kebudayaan


Tempat aktiviti 'Flying Fox'



Tempat aktiviti ' Low Rope'






Keadaan semasa jamuan kontinjen Johor






Bergambar di kontinjen Kedah


Bergambar di kontinjen Melaka


Bergambar di kontinjen Johor


Tugu lambang Persetiaan Pengakap

Sunday, November 20, 2011

Pemakaian lencana baru

Pemakaian Lencana Logo Pengakap Dunia

Berkuatkuasa pada 20 November 2011, pemakaian lencana logo Pengakap Dunia menjadi asas dalam pemakaian uniform Pengakap. Telah diwartakan semasa Jambori Malaysia ke-12 baru-baru ini.










Friday, November 18, 2011

Kem Seberang Takir, Telaga Batin Terengganu

Kem Telaga Batin diisytihar nama baru



Rabu, November 23, 2011

Kem Telaga Batin diisytihar nama baru 


Kem Pengakap Telaga Batin, Seberang Takir, Kuala Terengganu kini diisytiharkan nama kepada Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan mengisytiharkan nama kem itu ketika merasmikan Jambori Malaysia Ke-12 dan Jambori Pengakap Antarabangsa Terengganu 2011, baru-baru ini.


Pengisytiharan sempena nama anakanda baginda Tengku Muhammad Ismail itu secara tidak langsung meletakkan Terengganu sebagai destinasi pelancongan ulung.

Kira-kira 10,800 pengakap dari 21 negara penuh minat menyertai Jambori yang diadakan selama lapan hari dan berakhir 25 November itu

Antara negera yang turut serta, termasuk Mesir, Jepun, Hongkong, Singapura, Vietnam, Nepal, Indonesia, Sri Langka, Brunei, Maldives dan Kazakhstan.

Pelbagai aktiviti diadakan, termasuk kembara Bandar, aktiviti lasak, aktiviti air, pertandin Mesir, Jepun, Hongkong, Singapura, Vietnam, Nepal, Indonesia, Sri Langka, Brunei, Maldives dan Kazakhstan.

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu, berkata lebih 4,000 peserta dari Terengganu menyertai jambori kali ini dan selebihnya iaitu, 6,000 peserta dalam negara serta 800 lagi dari luar negara.

Pihak kami mahu setiap peserta mengambil manfaat sepenuhnya aktiviti ini kerana mampu memupuk semangat kerjasama antara pelbagai kaum, membina jati diri supaya lebih berdisplin, mengerat hubungan persaudaraan dan mengenali cara hidup dan budaya pelbagai Negara,” katanya.