"Pengakap 20 SMK Tg. Datuk Sekali Pengakap, Terus Pengakap" Pengakap 20 SMK PERTAMA: September 2012

Saturday, September 29, 2012

Sejarah Kem Tg. Labuh



KEM PENGAKAP JUBLI INTAN

Dewan Syed Esa dahulu

Bergotong royong membersih dan membangunkan kem.
Dibuka pada tahun 1954 oleh Dato’ Syed Esa Alwee, Cikgu Baba bin Othman, Dato’ Bidin Login, Cikgu Shuib Ismail, Cikgu Mohd Diah Abd Rahman dan beberapa orang pemimpin pengakap.

Dibuka setelah kerajaan Johor menganugerahkan tanah di Tanjung Laboh. Pemimpin pengakap bergotong royong menebang pokok kelapa, pokok nibung, pohon buluh, menebas semak samun di kawasan yang akan didirikan kem tersebut.

Menggunakan kudrat tulang empat kerat dengan bantuan gergaji dan alat-alat tradisional sahaja untuk membersihkan dan membina kem tersebut.

* Terletak di kampung Tanjung Laboh, mukim IX kira-kira 14 ½ km dari Bandar Penggaram menghala ke Pontian. Luasnya 23 ½ ekar.

* Keadaannya berbukit-bukit dengan bertanahkan pasir putih poros.

* Pada asalnya, terdapat beberapa pondok pengakap dan sebuah dewan kayu diberi nama Dewan Dato’ Syed Esa . Luas dewan ini 199kaki x 20 kaki.

Terdapat empat buah bilik di dewan tersebut dengan diberi nama; Baba room, Bidin room, Shuib room dan Majid room iaitu di antara empat tokoh pengakap yang mengasaskan pembinaan kem tersebut.

Telah dirasmikan oleh Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Ibni Sultan Ibrahim pada 23 Mac 1956
Cikgu Shuib bin Haji Ismail
Tokoh Guru Negeri Johor 1985 
Cikgu Baba bin Othman
Tokoh Guru Negeri Johor 1987



Cikgu Mohd Diah Abd Rahman (Ketua kontinjen Johor) ketika majlis penyerahan bendera kepada setiausaha kerajaan Negeri Johor bersempena Jambori Malaysia ke-4 di Kuching, Sarawak.
Tokoh Guru Kebangsaan 1980
Tokoh Guru Negeri Johor 1979
Sumber :
1. Buku Johor Mengenang Sumbangsihmu terbitan Yayasan Warisan Johor, 2006
2. Ramli Ibrahim, cucu Cikgu Mohd Diah Abd Rahman

Pengakap 20 Tahun 2012

Sesi Bergambar

Lokasi: Taman Ros Aisyah, SMK Tg. Datuk
Tarikh: 3 Oktober 2012

Pengakap 20 telah dipanggil untuk menghadiri sesi bergambar untuk dimasukkan ke dalam majalah tahunan sekolah pada tahun ini iaitu Alunan 2012. Sehubungan dengan itu, hampir kesemua ahli Pengakap menghadiri sesi bergambar ini. Seperti tahun -tahun yang sebelumnya, jumlah ahli Pengakap tetap yang teramai di antara semua unit beruniform yang lain di sekolah. Terus maju Pengakap 20!




Lower 6




Upper 6



Kelana Satria (Form 6)




Pengakap Muda



Pengakap Remaja

Friday, September 28, 2012

Sambutan 100 Tahun

100 Tahun Pengakap Italy







Selamat meyambut 100 tahun Pengakap Itali pada 12 Oktober 2012. Tahniah! Semoga semakin aktif dalam masyarakat dunia!

Tuesday, September 25, 2012

Lencana - lencana

Pemakaian Lencana

Lencana - lencana ni hanya boleh dipakai oleh ahli Pengakap apabila telah melakukan aktiviti yang ditetapkan bagi mendapatkan satu-satu lencana. Ujian lencana akan diadakan bagi memastikan ahli Pengakap tersebut benar-benar layak untuk memakai lencana tersebut. Lencana tersebut dipakai di lengan sebelah kiri baju Pengakap.





Lencana bagi Pengakap kanak-kanak


Lencana bagi Pengakap Muda


Lencana bagi Pengakap Remaja & Kelana

16TH Nippon Jamboree


30th Asia-Pacific Regional Scout Jamboree / APR Events / Information & Events / Asia-Pacific / Around the world / Home - World Organization of the Scout Movement


Monday, September 24, 2012

SELAMAT MENDUDUKI PMR 2012

UCAPAN TULUS IKHLAS DARI PENGAKAP 20

 




"Buat Sehabis Baik!"
"Selalu Sedia!"

Kami pemimpin dan ahli Pengakap 20 mendoakan kejayaan anda semua.
Teruskan berjuang di medan ilmu.  

Dari Pengakap 20 buat semua Pengakap Muda
Selamat menduduki peperiksaan 
pada 
9.10.12 - 16.10.12
Kejayaan anda kejayaan semua
Hormat Pengakap!

Kem Pengakap TG Muhammad Ismail - Terengganu



Kem Pengakap Tg Muhammad Ismail Terengganu

Sunday, September 23, 2012

Majlis Tilawah Al-Quran & Kem Ukhuwan Peringkat Kebangsaan

Pencapaian Di Peringkat Kebangsaan

Lokasi: Kem Jubli Intan/ Tg.Labuh, Batu Pahat
Tarikh: 21-22 September 2012

Pengakap 20 tampil lagi ke Kem Ukhuwah dan membawa seorang peserta, Nurul Sofea Binti Nasron untuk pertandingan syarahan kategori perempuan peringkat kebangsaan di Kem Tg.Labuh, Batu Pahat. Kem Ukhuwah diadakan bagi menjemput Pengakap seluruh pelosok negeri Johor hadir bagi memeriahkan lagi Majlis Tilawah Al-Qura yang diadakan. Selain itu, pertandingan tilawah Al-Quran, Nasyid dan Syarahan juga diadakan dan merupakan peringkat kebangsaan. Kem Ukhuwah ni membuktikan bahawa Pengakap tidak hanya menitikberatkan aspek lahiriah sahaja malah menekankan lagi aspek rohaniah maka Pengakap menjadi satu badan bukan kerajaan yang lengkap dalam pembangunan modal insannya. Seramai 52 ahli Pengakap 20 menyertai kem Ukhuwah itu. Kem Ukhuwah lengkap dengan aktiviti bercorak keislaman seperti ilmu solat jamak dan qasar, solat jenazah, marhaban, penyembelihan dan sebagainya. Peserta syarahan Pengakap 20 telah berjaya memenangi tempat ke-2 di peringkat kebangsaan. Ini merupakan pencapaian pertama Pengakap 20 dalam peringkat kebangsaan. Pada tahun depan, Pengakap 20 akan menghantar lagi wakil bagi merebut gelaran Johan di peringkat kebangsaan nanti.InsyaAllah...




Tapak Perkhemahan bagi Pengakap 20


Tugasan Dapur


Taklimat Aktiviti


CP Mersing - Sembelihan


CP Kota Tinggi - Solat Jamak & Qasar, Tayamum


Senaman Pagi


Nasyid 


Persembahan Syarahan peserta wakil dari Pengakap 20


Persembahan dari kumpulan nasyid negeri Johor


Pemimpin bergambar bersama Johan nasyid kebangsaan
Pasukan Negeri Johor


Sofea Binti Nasron
Naib Johan pertandingan syarahan peringkat kebangsaan
Bergambar bersama hadiah


Pemimpin bergambar bersama pemenang






Keadaan persekitaran kem Tg. Labuh 
















Thursday, September 20, 2012

Pertandingan Tilawah Al-Quran, Syarahan Agama dan Nasyid Peringkat Kebangsaan




Pertandingan Tilawah Al-Quran, Syarahan Agama dan Nasyid Peringkat Kebangsaan.
Lokasi : Kem Pengakap Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor
Tarikh : 21 hingga 23 September 2012 Lokasi : Kem Pengakap Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor
200 Orang peserta terlibat. marilah beramai-ramai mengimarahkan program ini. insyaAllah…

Friday, September 14, 2012

Hari Keamanan Dunia

INTERNATIONAL DAY OF PEACE

                                              





                                                 
The Challenge 2012-International Day Of Peace

Tuesday, September 11, 2012

Tragedi 11 September

Bekas Ketua Patrol Kembali Ke Rahmatullah

Pengakap 20 dikejutkan oleh pemergian seorang ahlinya untuk selama-lamanya. Allahyarham pernah dilantik sebagai ketua patrol Rajawali pada tahun lepas. Allahyarham juga seorang yang periang, bijak dan aktif. Dia pergi adalah disebabkan kemalangan yang dihadapi. Motor yang ditungganginya berlanggar dengan motor seorang lagi ahli Pengakap 20, Faizal Bin Abdillah. Kedua-dua ini mengalami kecederaan namun ketika itu, Faizal telah pengsan namun arwah masih lagi boleh berdiri dan bergerak. Kemalangan tersebut berlaku di Kg.Simon, Teluk Ramunia di simpang berhampiran surau. Allahyarham pergi pada 6.20 keesokkan paginya iaitu padda 11 September 2012 di Hospital Sultanah Aminah disebabkan pendarahan yang berlaku di bahagian kepalanya dan darah itu tidak beku. Akibat kehilangan terlalu banyak darah, Allahyarham pergi meninggalkan segala-galanya. Zairul Fitri Bin Zakaria, al-fatihah untuknya dan hormat terakhir diberikan kepadanya. Hormat Pengakap!


Allahyarham ketika di Kursus Ketua Patrol


Sunday, September 9, 2012

Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Anjuran Pengakap Malaysia

Pertandingan Tilawah Al-Quran, Syarahan Agama dan Nasyid Peringkat Kebangsaan.
Lokasi  :  Kem Pengakap Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor
Tarikh  :  21 hingga 23 September 2012

Klik link untuk surat kebenaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia bagi guru dan pelajar sekolah.



Saturday, September 1, 2012

Khidmat Masyarakat

Membersihkan Tanah Perkuburan 2012

Lokasi: Tanah Perkuburan Teluk Empang
Tarikh: 5 Februari 2012

Aktiviti rutin ini dijalankan lagi pada tahun ini. Kali ini ia bertempat di tanah perkuburan Teluk Empang berdasarkan kesepakatan semua ahli Pengakap. Seramai hampir 100 ahli Pengakap terlibat menjayakan aktiviti ini. Semua telah berkumpul di hadapan tanah perkuburan ini sejak awal pagi ini dan ia semestinya dimulakan dengan taklimat dan ucapan pemimpin, ketua kampung atau JKKK dan bacaan doa. Aktiviti bermula dan berhenti seketika pada jam 10 pagi untuk menjamah sarapan yang disediakan oleh pihak JKKK. Ia disambung sehingga jam menunjukkan 12 tengah hari. Semua ahli berkumpul, mendengar ucapan pemimpin dan ketua kampung. Ahli Pengakap bersama-sama ketua kampung bergambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan.




Semua ahli Pengakap membersihkan persekitaran tanah perkuburan



Sistem pengangkutan sampah




Berehat dan menjamah sarapan yang disediakan


Berkumpul setelah selesai dan mendengar ucapan pemimpin dan JKKK




Bergambar beramai - ramai

Musahabaqah Tilawah Al-Quran,Tadarus Al-Quran dan Berbuka Puasa

Peringkat Negeri Johor

Lokasi: Kem Pengakap Tg. Labuh, Batu Pahat
Tarikh: 3-4 Ogos 2012

Kali ini, Pengakap 20 telah menghantar pasukan untuk menyertai pertandingan tilawah al-Quran dan syarahan. Di samping itu, ada juga wakil bagi menyertai tadarus al-Quran bagi membaca al-Quran sebanyak 30 juzuk. Kali ini juga, wakil yang dihantar untuk bertanding juga membuahkan hasil. Bagi Pertandingan Syarahan, wakil yang dihantar iaitu Nurul Sofea Binti Nasron telah berjaya menjadi Johan. Bagi Pertandingan Tilawah Al-Quran pula, kategori Pengkap Remaja Lelaki, Mursyid Bin Hapanthe berjaya mendapat tempat ketiga sahaja manakala kategori perempuan pula hanya menduduki tempat keempat sahaja. Syabas dan tahniah! Semoga keputusan pada tahun hadapan akan menjadi lebih baik lagi.