"Pengakap 20 SMK Tg. Datuk Sekali Pengakap, Terus Pengakap" Pengakap 20 SMK PERTAMA: 2011

Friday, November 25, 2011

Jambori Malaysia ke-12

Terengganu International Scout Jamboree

Lokasi: Kem Telaga Batin, Kuala Terengganu
Tarikh: 19-24 November 2011

Kali ini, Pengakap 20 menghantar wakilnya ke Jambori Malaysia ke-12. Jambori ini hanya akan diadakan empat tahun sekali sahaja. Kesemua Pengakap melakukan segala aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.Tidak kurang juga ada yang melibatkan diri dengan berinteraksi dengan Scouts dari negara lain yang hadir seperti Sri Lanka Scout, Singapore Scout, Pramuka Indonesia, India Scout, Pengakap Brunei, Maldives Scout dan banyak lagi negara lain. Pengakap 20 telah didedahkan kepada masyarakat dunia luar yang berasal dari negara-negara asing dan menjadikan mereka mahir dalam komunikasi dan interaksi. Pengakap 20 menjadi semakin berani untuk maju ke hadapan.




Persembahan malam kebudayaan


Tempat aktiviti 'Flying Fox'



Tempat aktiviti ' Low Rope'






Keadaan semasa jamuan kontinjen Johor






Bergambar di kontinjen Kedah


Bergambar di kontinjen Melaka


Bergambar di kontinjen Johor


Tugu lambang Persetiaan Pengakap

Sunday, November 20, 2011

Pemakaian lencana baru

Pemakaian Lencana Logo Pengakap Dunia

Berkuatkuasa pada 20 November 2011, pemakaian lencana logo Pengakap Dunia menjadi asas dalam pemakaian uniform Pengakap. Telah diwartakan semasa Jambori Malaysia ke-12 baru-baru ini.










Friday, November 18, 2011

Kem Seberang Takir, Telaga Batin Terengganu

Kem Telaga Batin diisytihar nama baru



Rabu, November 23, 2011

Kem Telaga Batin diisytihar nama baru 


Kem Pengakap Telaga Batin, Seberang Takir, Kuala Terengganu kini diisytiharkan nama kepada Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan mengisytiharkan nama kem itu ketika merasmikan Jambori Malaysia Ke-12 dan Jambori Pengakap Antarabangsa Terengganu 2011, baru-baru ini.


Pengisytiharan sempena nama anakanda baginda Tengku Muhammad Ismail itu secara tidak langsung meletakkan Terengganu sebagai destinasi pelancongan ulung.

Kira-kira 10,800 pengakap dari 21 negara penuh minat menyertai Jambori yang diadakan selama lapan hari dan berakhir 25 November itu

Antara negera yang turut serta, termasuk Mesir, Jepun, Hongkong, Singapura, Vietnam, Nepal, Indonesia, Sri Langka, Brunei, Maldives dan Kazakhstan.

Pelbagai aktiviti diadakan, termasuk kembara Bandar, aktiviti lasak, aktiviti air, pertandin Mesir, Jepun, Hongkong, Singapura, Vietnam, Nepal, Indonesia, Sri Langka, Brunei, Maldives dan Kazakhstan.

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu, berkata lebih 4,000 peserta dari Terengganu menyertai jambori kali ini dan selebihnya iaitu, 6,000 peserta dalam negara serta 800 lagi dari luar negara.

Pihak kami mahu setiap peserta mengambil manfaat sepenuhnya aktiviti ini kerana mampu memupuk semangat kerjasama antara pelbagai kaum, membina jati diri supaya lebih berdisplin, mengerat hubungan persaudaraan dan mengenali cara hidup dan budaya pelbagai Negara,” katanya.

Sunday, July 24, 2011

Majlis Istiadat Penganugerahan

Penganugerahan Bintang & Pingat Dan Sijil Diraja Anugerah Pengakap Raja

Lokasi: Dewan Tunku Ismail, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Tarikh: 23 Julai 2011

Pengakap 20 menghantar pasukan untuk melancarkan lagi perjalanan majlis penganugerahan tersebut. Selain itu, Pengakap 20 juga telah ditugaskan sebagai pasukan pengemas dan mengemas sekeliling dewan apabila majlis tamat. Pengakap 20 juga ditugaskan sebagai urusetia majlis itu. Segala khidmat bakti telah dicurahkan agar majlis itu berjalan lancar. Terima kasih Pengakap 20!




Bergambar bersama pemimpin dan Mejar Rusila

keadaan pentas


Bergambar di pentas




Mengemas dewan

Thursday, June 30, 2011

Hari Sukan

Hari Sukan 2012

Lokasi: Padang SMK Tg.Datuk
Tarikh: 30 Jun 2011

Seperti tahun-tahun sebelumnya, pergerakan Pengakap 20 sentiasa maju dan membangun. Pada tahun ini, sekali lagi Pengakap 20 diberi penghormatan untuk menghantar wakil untuk membawa bendera kejohanan olahraga sempena Hari Sukan. Selain itu, ketua komandan, Borhanudin Bin Khalid juga dilantik dari unit Pengakap bagi memberi arahan kepada semua rumah sukan semasa acara perbarisan lintas hormat. Semua yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Maskot terbaik bagi tahun ini ialah maskot dari rumah Nakhoda anakala perbarisan rumah sukan terbaik dimenangi oleh rumah Temenggung. Terima kasih Pengakap 20 atas kerjasama yang diberikan.


Bersiap sedia untuk acara perbarisan


Hormat semasa melintas di hadapan tetamu kehormat




Mengikat bendera untuk melaksanakan upacara mengibar bendera kejohanan


Maskot rumah Syahbandar


maskot rumah Panglima


Perbarisan rumah Nakhoda


Perbarisan rumah Bendahara


Perbarisan rumah Laksamana


Perbarisan rumah Panglima


Perbarisan rumah Temenggung


Perbarisan rumah Syahbandar

Monday, May 30, 2011

Jambori 1Malaysia

Himpunan Sejuta Belia


Lokasi:  Kem Presint 2, Putrajaya
Tarikh: 26 - 29 Mei 2011

Jambori ini diadakan buat kali keduanya di Putrajaya bagi menyambut Hari Belia Negara. Tema pada tahun ini merupakan Himpunan Sejuta Belia iaitu anggaran belia yang akan hadr ke Putrajaya sepanjang tarikh tersebut ialah 1 juta orang. Pelbagai aktiviti diadakan dan antaranya ialah JOTA Kebangsaan. Ada juga aktiviti pameran, kraftangan, khidmat sukarelawan dan sebagainya. Pengakap 20 menghantar seramai lebih kurang 100 orang ke jambori ini. Penyertaan dari pasukan Pengakap 20 ini juga menjadikan Pengakap Kota Tinggi sebagai kontinjen yang mempunyai penyertaan teramai dalam negeri Johor. Syabas Pengakap 20!




Promo Himpunan Sejuta Belia

Monday, May 16, 2011

Jamuan Pasukan Kawad

Raikan Kemenangan

Lokasi: Padang kawad SMK Tg. Datuk
Tarikh: 16 Mei 2011

Jamuan kali ini diadakan bagi meraikan kemenangan pasukan kawad kaki yang telah mendapat Johan bagi pasukan lelaki manakala Naib Johan bagi pasukan perempuan yang baru pertama kali menyertai pertandingan itu. Selain itu, jamuan ini diadakan bagi mengukuhkan dan mengekalakan kesepaduan antara ahli pasukan kawad kaki agar sentiasa bersatu tidak kira dalam apa jua keadaan tidak kira tempat dan masa meskipun bukan di dalam barisan kawad lagi. Bersatu Teguh, Bercerai Roboh.



Memasak roti jala



Menikmati jamuan



Membakar ayam



Membakar ayam


Menyanyikan lagu-lagu



Hasil ayam bakar