"Pengakap 20 SMK Tg. Datuk Sekali Pengakap, Terus Pengakap" Pengakap 20 SMK PERTAMA: 2012

Monday, December 31, 2012

Jambori Pertama Pengakap Malaysia

Jambori Malaysia Pertama







Pada hari ini dalam tahun 1966, Jambori Pertama Pengakap Malaysia telah diadakan di Teluk Bahang, Pulau Pinang. Jambori ini telah dibuka dengan rasminya oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Lebih 2 ribu pengakap dari sebelas buah negara menyertai Jambori ini. Mereka ialah dari Malaysia, Republik Rakyat China, India, Korea Selatan, Nepal, Singapura, Fillpina, Thailand, Laos, New Zealand, Australia, Ireland dan United Kingdom.
Perkembangan Pergerakan Pengakap di Tanah Melayu bermula sejak tahun 1910 apabila ia ditubuhkan di Singapura dan di Pekan, Pahang. Semenjak itu pergerakan ini telah berkembang ke negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Jambori pengakap pernah diadakan di Pulau Pinang dalam tahun 1927, iaitu semasa pemerintahan Inggeris di negara ini.
Menteri Pengangkutan, Tan Sri Sardon bin Haji Jubir yang juga Pengakap Agung Kebangsaan, dalam ucapan alu-aluannya di hari pembukaan berkata tujuan utama Jambori ini ialah untuk membolehkan anggota-anggota pengakap dari berbilang bangsa, agama, adat resam dan kebudayaan menyesuaikan diri dalam sebuah keluarga yang besar. Jambori ini memberi kesempatan kepada mereka mengamalkan undang-undang pengakap yang keempat iaitu menggalakkan pengakap berbaik-baik di antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan.
Jambori Pertama Pengakap Malaysia yang berlangsung selama 6 hari itu, sesungguhnya telah memberikan faedah dan pengalaman yang baik kepada pengakap-pengakap dari negara-negara yang terilbat.
Jambori Pertama Pengakap Malaysia yang berlangsung selama enam hari itu, sesungguhnya telah memberikan faedah dan pengalaman yang baik kepada pengakap-pengakap dari negara-negara yang terlibat.

Sunday, December 30, 2012

Selamat Kembali ke Sekolah

Sekolah Telah Pun Dibuka

Pengakap 20 ingin mengucapkan selamat kembali ke sekolah. Bagi calon-calon peperiksaan PMR dan SPM   tahun ini diucapkan semoga berjaya. Azam untuk berjaya perlu ada dan kuatkan semangat menempuhi segala onak duri yang bakal dihadapi sepanjang 2013. Pengakap 20 menyokong segala usaha anda.




Tuesday, December 25, 2012

Tahun 2013

Bersiap Sedia 

Pengakap 20 telah bersiap siaga untuk menghadapi kemaraan 2013 dan cabaran-cabarannya. Pelbagai aktiviti menarik bakal diadakan termasuklah jambori di peringkat antarabangsa. Ujian Pentarafan Pengakap Raja pun akan bermula tidak lama lagi. Jadi, apa lagi mahu ditunggu? Segala usaha bermula sekarang bagi mencapai kejayaan di hari esok.


Selamat Tahun Baru 2013

Selamat Melangkah Ke Tahun Baru

Tahun 2013 sudah hampir tiba...selamat tinggal tahun 2012 dan marilah menuju ke tahun 2013....Siapkan diri dan tanamkan azam untuk lebih berjaya pada tahun 2013...ikhlas dari Pengakap 20



Friday, December 21, 2012

Lagu Rasmi Pengakap Malaysia

Lagu Pengakap Malaysia



Selepas ini bolehlah nyanyi lagu ini tanpa sebarang keraguan....

Wednesday, December 19, 2012

Selamat Hari Natal

Merry Christmas


International Camp Baekho Scout Group KSA Korea 2013

Perkhemahan Musim Sejuk 

Tarikh:  25-27 Januari 2013
Tempat: Hanmaum Retreat Centre
Jemputan: Scouts, Venture Scout, Rover Scout, Scout Leaders
Call: - P -82(0) 10 3706 8033

14TH RoverMoot Canada 2013


7th Borneo Radio Amateur Festival 2012

Festival Radio Amatur ke-7 2012



Tarikh: 14 - 16 Disember 2012


Pioneering Projek PPM Perak

Projek Perintis Terbesar Di Malaysia




Projek Perintis yang sedang dibina oleh ahli Pengakap negeri Perak yang berbentuk sarang burung bagi memecahkan Malaysia Books Of Records sebagai projek perintis menara terbesar di Malaysia.

Tarikh: 29 Disember 2012

International Adventure Program India

Program Kembara Antarabangsa India

Tarikh: 16-25 Feb 2013
Tempat: National Adventure Institute Pachmarchi Pradesh, India

Berkhemah Bersama Perlis - Saturn

Perkhemahan Pengakap

Tarikh: 26 - 29 Dec 2012
Tempat: Pusat Kokurikulum Perlis

Thursday, December 13, 2012

Island On The Air (IOTA)

IOTA Terbaru Di Malaysia

IOTA adalah sama seperti JOTA namun ia diistilahkan sebegitu kerana radio amatur dilakukan di atas pulau dan program sebegini merupakan yang pertama di Malaysia dan didaftarkan semasa LISJAROM berlangsung.


Sunday, December 9, 2012

Wajah-wajah ke LISJAROM

Wakil Dari Pengakap 20 ke LISJAROM 2012

Inilah wajah-wajah yang bakal membawa nama Pengakap 20 di LISJAROM 2012 nanti. Semoga berjaya!


Thursday, November 22, 2012

Kejayaan Mengharumkan Unit Pengakap 20

Sekalung Penghargaan Atas Jasa dan Pengorbanan

Syabas dan tahniah diucapkan kepada penerima anugerah bidang kokurikulum unit beruniform kerana berjaya mengharumkan nama Pengakap 20 ini. Terima kasih juga diucapkan kerana meningkatkan lagi martabat Pengakap 20 ini pada tahun 2012. Semoga pada tahun 2013, Pengakap 20 akan menyapu habis ke semua anugerah dalam bidang kokurkulum unit beruniform.


Sunday, November 4, 2012

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM

Berusahalah!

Pengakap 20 ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang bermula pada 5 November 2012  kepada semua calon peperiksaan ahli Pengakap 20.








Kami di sini mendoakan kejayaan anda dan semoga anda berjaya ke menara gading.
Berusahalah dengan bersungguh-sungguh. Buat Sehabis Baik!

Tuesday, October 30, 2012

Jambori Sabah Ke-2 dan 100 Tahun Pengakap Sabah 2013

Jambori Sabah 2013

PPM Sabah info:
Jambori ke-2 Sabah bersempena sambutan 100 Tahun Pengakap Sabah akan diadakan pada:
Tarikh: 12-17 Ogos 2013
Tempat: Sandakan, Sabah

Sesiapa yang berminat, bolehlah mula mengumpul duit dahulu

Thursday, October 25, 2012

Keamanan...Peace


Selamat Hari Raya Aidilfitri

Ucapan Tulus Ikhlas

Pengakap 20 ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Semoga semua ahli Pengakap menyambutnya dengan gembira. 




Saturday, October 20, 2012

International Scout Peace Camp 2013

Kem Keamanan Antarabangsa 2013

Tarikh: 25-31 Mac 2013
Tempat: Kem Bumi Perkhemahan Cibubur Jakarta Indonesia

19TH Suankularb Scout Jamboree International Thailand

Jambori Antarabangsa Suankularb Thailang ke-19

Tarikh: 18-21 Disember 2012 
Tempat: Vajirarud National Scout Camp Sriacha Chonburi Thailand

Friday, October 19, 2012

Mendaki Gunung Ledang kali ke-2

Cabaran Ledang-2

Kepada semua Pengakap 20. 
Bagi yang bakal menyertai Pendakian ke puncak Gunung Ledang, bayaran RM100 boleh dibuat dan diserahkan kepada En. Taufiq Bin Serah. Taklimat dan latihan akan diadakan mungkin pada 29 & 30 Oktober. Namun, semua yang terlibat sudah boleh melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh mengekalkan kesihatan mulai sekarang. Pendakian akan bermula pada 2-3 November ini. Bersiap sedialah! 


Papan tanda Taman Hutan Lagenda 


Puncak Mahligai


Peta Perjalanan

Wednesday, October 17, 2012

Skuad Kawad Kaki 2012

Generasi Penyambung Kejayaan

2012 - Pengakap 20 sekali lagi melahirkan generasi baru bagi meneruskan warisan kecemerlangan dan kejayaan dalam pertandingan kawad kaki di peringkat daerah mahupun negeri. Namun kali ini, jumlah generasi ini meningkat dan mencapai ke tahap membanggakan iaitu lebih kurang 74 ahli yang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Kualiti yang mereka pamerkan juga tidak kurang hebatnya dengan generasi dahulu. Pada tahun ini, skuad ini kedua-duanya berjaya mara ke peringkat negeri. Walaubagaimanapun, kejayaan masih belum dapat dicapai di peringkat negeri. Meskipun begitu, persembahan skuad ini tetap hebat. Tahniah dan syabas Skuad Kawad Kaki 2012! Teruskan usaha untuk mencapai kejayaan pada masa hadapan.









Tuesday, October 16, 2012

Undang - Undang Pengakap

Undang-Undang Teras Kehidupan

Dalam dunia ni, semua manusia terikat dengan undang-undang agar perlakuan mereka terkawal dan tidak melebihi had dan batasan sehingga menjadi buas dan liar. Lantaran itu, undang-undang digubal bagi memberi garis panduan kepada manusia agar sentiasa patuh dan taat serta menjaga tingkah laku mereka. Oleh itu, organsasi Pengakap telah menggubal 10 undang - undang agar seorang Pengakap itu berdisiplin agar nama bak organisasi ini dijaga.

Saturday, October 13, 2012

Langkawi Geopark Maritime International Jamboree and Rover Moot 2012



Pemberitahuan Terbaru

Tuan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Johor memaklumkan kepada semua ASC,DC,ADC(Latihan/Program) akan hadir ke Langkawi. Majlis PPM Johor akan memberi sumbangan kepada anda diatas khidmatan,tugasan,kerjasama yang memantapkan kepengakapan Negeri Johor

Untuk Makluman: Majlis Kolokium diadakan semasa Jamboree ini

Tarikh: 12-17 Disember 2012.
Ketua Kontinjen: En. Cheman Yusoh (DC Muar)-0127673770/069813910.
Ahli Pengakap/Pemimpin yang lain berminat boleh ikut sama ke Jamboree Langkawi.
Sesiapa yang berminat...boleh berjumpa En.Taufiq bagi Pengakap 20.

Friday, October 12, 2012

Selamat Menduduki Peperiksaan

Peperiksaan Akhir Tahun 2012

Pengakap 20 mengucapkan semoga berjaya kepada semua Pengakap Muda dan Pengakap Remaja dan kami mendoakan kejayaan anda semua!
Buat Sehabis Baik!


Selamat Menjawab!

Saturday, September 29, 2012

Sejarah Kem Tg. Labuh



KEM PENGAKAP JUBLI INTAN

Dewan Syed Esa dahulu

Bergotong royong membersih dan membangunkan kem.
Dibuka pada tahun 1954 oleh Dato’ Syed Esa Alwee, Cikgu Baba bin Othman, Dato’ Bidin Login, Cikgu Shuib Ismail, Cikgu Mohd Diah Abd Rahman dan beberapa orang pemimpin pengakap.

Dibuka setelah kerajaan Johor menganugerahkan tanah di Tanjung Laboh. Pemimpin pengakap bergotong royong menebang pokok kelapa, pokok nibung, pohon buluh, menebas semak samun di kawasan yang akan didirikan kem tersebut.

Menggunakan kudrat tulang empat kerat dengan bantuan gergaji dan alat-alat tradisional sahaja untuk membersihkan dan membina kem tersebut.

* Terletak di kampung Tanjung Laboh, mukim IX kira-kira 14 ½ km dari Bandar Penggaram menghala ke Pontian. Luasnya 23 ½ ekar.

* Keadaannya berbukit-bukit dengan bertanahkan pasir putih poros.

* Pada asalnya, terdapat beberapa pondok pengakap dan sebuah dewan kayu diberi nama Dewan Dato’ Syed Esa . Luas dewan ini 199kaki x 20 kaki.

Terdapat empat buah bilik di dewan tersebut dengan diberi nama; Baba room, Bidin room, Shuib room dan Majid room iaitu di antara empat tokoh pengakap yang mengasaskan pembinaan kem tersebut.

Telah dirasmikan oleh Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Ibni Sultan Ibrahim pada 23 Mac 1956
Cikgu Shuib bin Haji Ismail
Tokoh Guru Negeri Johor 1985 
Cikgu Baba bin Othman
Tokoh Guru Negeri Johor 1987



Cikgu Mohd Diah Abd Rahman (Ketua kontinjen Johor) ketika majlis penyerahan bendera kepada setiausaha kerajaan Negeri Johor bersempena Jambori Malaysia ke-4 di Kuching, Sarawak.
Tokoh Guru Kebangsaan 1980
Tokoh Guru Negeri Johor 1979
Sumber :
1. Buku Johor Mengenang Sumbangsihmu terbitan Yayasan Warisan Johor, 2006
2. Ramli Ibrahim, cucu Cikgu Mohd Diah Abd Rahman

Pengakap 20 Tahun 2012

Sesi Bergambar

Lokasi: Taman Ros Aisyah, SMK Tg. Datuk
Tarikh: 3 Oktober 2012

Pengakap 20 telah dipanggil untuk menghadiri sesi bergambar untuk dimasukkan ke dalam majalah tahunan sekolah pada tahun ini iaitu Alunan 2012. Sehubungan dengan itu, hampir kesemua ahli Pengakap menghadiri sesi bergambar ini. Seperti tahun -tahun yang sebelumnya, jumlah ahli Pengakap tetap yang teramai di antara semua unit beruniform yang lain di sekolah. Terus maju Pengakap 20!




Lower 6




Upper 6



Kelana Satria (Form 6)




Pengakap Muda



Pengakap Remaja

Friday, September 28, 2012

Sambutan 100 Tahun

100 Tahun Pengakap Italy







Selamat meyambut 100 tahun Pengakap Itali pada 12 Oktober 2012. Tahniah! Semoga semakin aktif dalam masyarakat dunia!

Tuesday, September 25, 2012

Lencana - lencana

Pemakaian Lencana

Lencana - lencana ni hanya boleh dipakai oleh ahli Pengakap apabila telah melakukan aktiviti yang ditetapkan bagi mendapatkan satu-satu lencana. Ujian lencana akan diadakan bagi memastikan ahli Pengakap tersebut benar-benar layak untuk memakai lencana tersebut. Lencana tersebut dipakai di lengan sebelah kiri baju Pengakap.





Lencana bagi Pengakap kanak-kanak


Lencana bagi Pengakap Muda


Lencana bagi Pengakap Remaja & Kelana