"Pengakap 20 SMK Tg. Datuk Sekali Pengakap, Terus Pengakap" Pengakap 20 SMK PERTAMA: April 2013

Sunday, April 21, 2013

Pertadingan Kawad Kaki NGO Peringkat Daerah 2013

Daerah Kota Tinggi


Rutin tahunan seperti biasa adalah menghantar wakil bagi pasukan lelaki dan perempuan untuk menyertai pertandingan tersebut. Segala pahit getir dan liku-liku cabaran telah dilalui hanya untuk menghantar pasukan ini. Pasukan pada tahun ini ramai terdiri daripada ahli-ahli baru manakala ahli-ahli lama ramai telah meninggalkan pasukan ini. Namun ternyata dengan mereka dan tanpa mereka, pasukan kawad kaki tetap berjaya. Pasukan Kawad Kaki Lelaki pada tahun ini mendapat gelaran  G-13 iaitu Generasi 2013. Generasi baru dan penyelamat kepada keruntuhan yang berlaku disebabkan oleh wujudnya duri dalam daging di dalam institusi ini. Namun, pada tahun ni, Pasukan Lelaki berjaya mengekalkan Kejuaraan selama 6 Tahun berturut-turut mengalahkan SMK Semenchu manakala Pasukan Perempuan pula tewas dengan SM Sains dan hanya berjaya membawa pulang Naib Johan. Ketua Komandan Pasukan Lelaki iaitu Ahmad Syauqi Bin Taufiq telah berjaya membawa pulang trofi Ketua Komandan Terbaik pada tahun ini. Tahniah dan Syabas dan berusaha mempertingkatkan kualiti bagi menjadi yang terbaik pada tahun hadapan. 




Proses Membotakkan kepala




Bergambar beramai-ramai selepas kepala dibotakkan




Pemeriksaan pakaian Pasukan Perempuan


Dalam perjalanan ke SMK Bandar Penawar


Mengambil Hadiah Johan


Mengambil Hadiah Naib Johan


Menunggu majlis tamat