"Pengakap 20 SMK Tg. Datuk Sekali Pengakap, Terus Pengakap" Pengakap 20 SMK PERTAMA: 2010

Sunday, September 26, 2010

Jamuan Hari Raya Pengakap


Jamuan Hari Raya Pengakap
Lokasi: Kg. Sg. Kapal
Tarikh: 26 September 2010

Jamuan Hari Raya ini merupakan yang pertama dianjurkan oleh Pengakap 20. Sehari sebelum tarikh jamuan, semua ahli Pengakap yang terlibat bertungkus - lumus memasak makanan selama sehari suntuk. Pelbagai hidangan disediakan terutama sekali hidangan wajib bagi hari raya iaitu ketupat, rendang, kuah lodeh dan sebagainya. Idea berasal dari pemimpin Pengakap 20 itu sendiri diluahka menjadi realiti dan ia dikatakan sebagai berjaya kerana jamuan ini cukup besar untuk dijadikan sebagai 'Open House'. Semua guru-guru SMK Tg.Datuk  telah dijemput hadir dan begitu juga pendduk Kg. Sg. Kapal.




Bergambar beramai - ramai


guru - guru menjamah jamuan yang disediakan.

Saturday, August 28, 2010

Program Sekampit Beras bersama ABIM Kota Tinggi

Sekampit Beras ABIM Kota Tinggi
Lokasi: Pasir Gogok dan Kg.Tg.Serindit
Tarikh: 28 Ogos 2010

Program ini dianjurkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dengan kerjasama oleh persatuan - persatuan NGO yang lain seperti kelab berkereta Twister dan sebagainya sebagai satu usaha untuk membantu asnaf-asnaf bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan dan kemuliaan. Pasukan Pengakap SMK Tg. Datuk mengambil peluang untuk bersama-sama terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan tersebut. Hal ini dapat dilihat sebagai satu usaha yang patut dilakukan pada setiap tahun agar dapat membela golongan yang kurang bernasib baik. Hal ini juga dapat dilihat sebagai satu bantuan kemanusiaan dan dapat mendedahkan kepada ahli-ahli Pengakap bahawa di Malaysia ini masih lagi ada manusia yang sangat memerlukan bantuan sama seperti mereka yang berada di negara-negara miskin.





Ahli - ahli Pengakap sedang memunggah barang -barang untuk diagihkan kepada asnaf-asnaf.



Ucapan dan tazkirah disampaikan


Para asnaf memilih baju-baju yang disedekahkan 


Ahli - ahli Pengakap yang terlibat 

Pemimpin memberikan sumbangan kepada asnaf



Keadaan persekitaran Kg. Tg. Serindit


Ahli Pengakap berehat di jeti

Memunggah barang - barang untuk diberi kepada asnaf

Saturday, August 21, 2010

Majlis Tilawah Al-Quran dan Tadarus Al - Quran Peringkat Negeri Johor

Majlis Tilawah Al - Quran dan Tadarus Al - Quran Peringkat Negeri Johor
Lokasi: Kem Jubli Intan, Tanjung Labuh, Batu Pahat 
Tarikh:21 Ogos 2010

Majlis Tilawah Al-Quran dan Tadarus Al - Quran merupakan aktiviti rutin yang sering dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Johor pada setiap tahun. Ia dianjurkan bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan dan kemuliaan. Banyak pertandingan dianjurkan seperti Tilawah Al-Quran pada pelbagai peringkat iaitu Pengakap Muda dan Remaja. Selain itu, terdapat juga ahli Pengakap yang dihantar bagi mengagihkan makanan sebagai sumbangan sedekah untuk berbuka puasa ke sekitar daerah kecil Batu Pahat. Pengakap 20 ada juga mengahantar wakil bagi kedua-dua aktiviti ini tetapi wakil bagi pertandingan Tilawah Al-Quran itu kurang bernasib baik. 

Wednesday, June 9, 2010

Skuad Kawad Kaki 2010

Tetap Wujud

2010 - Meskipun tiada pertandingan kawad kaki di peringkat daerah pada tahun ini atas sebab-sebab yang tertentu, Skuad Kawad Kaki tetap diwujudkan untuk bertanding di peringkat sekolah dalam Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform Peringkat Sekolah. Skuad ini berjaya mendapat Johan bagi pasukan lelaki manakala bagi pasukan perempuan pula hanya layak mendapat Naib Johan sahaja.




Pasukan Lelaki




Pasukan Perempuan

Sunday, May 16, 2010

Jambori Pengakap 1 Belia 1 Malaysia

1 Belia 1 Malaysia

Lokasi: Taman Wetland, Putrajaya
Tarikh: 14 - 16  Mei 2010

Jambori ini  buat julung kalinya diadakan bersempena menyambut Hari Belia Negara. Jambori ini diadakan bagi mendedahkan belia dengan dunia luar seperti alam pekerjaan dan mengajar belia kemahiran berinteraksi dan berkomunkasi di samping memupuk perpaduan bagi merealisasikan konsep Gagasan 1Malaysia. Antara aktivti yang diadakan ialah aktiviti Jamboree On The Air (JOTA) kebangsaan.






Pengakap Kontinjen Kota Tinggi



Bergambar bersama Fizz Fairuz


Bergambar bersama pembaca berita 






Menyumpit



Keadaan sekeliling Putrajaya

Sunday, January 24, 2010

Membersihkan Tanah Perkuburan

Membersihkan Tanah Perkuburan 2010
Lokasi: Tanah Perkuburan Sg. Rengit
Tarikh: 24 Januari 2010

Banyak aktiviti Pengakap telah dilakukan dan dianjurkan Ketua Pengakap 20, SMK Tg. Datuk, Encik Taufiq Bin Serah. Hal ini mendapat usaha sama dari penduduk Kg.Sg. Buntu. Khidmat masyarakat ini disokong oleh puluhan ahli Pengakap yang secara sukerela melibatkan diri. Aktiviti dimulakan dengan ucapan pemimpin dan Ketua Kampung. Aktiviti pembersihan ini dikatakan berjaya kerana hasilnya sungguh memuaskan. 


Bergambar bersama nisan...