"Pengakap 20 SMK Tg. Datuk Sekali Pengakap, Terus Pengakap" Pengakap 20 SMK PERTAMA: Ekspedisi Mendaki Gunung

Monday, March 12, 2012

Ekspedisi Mendaki Gunung

Cabaran Ledang

Lokasi: Gunung Ledang, Ledang, Muar
Tarikh: 10 - 11 Mac 2012

Pengakap 20 buat kali ke-5 datang mencabar puncak Gunung Ledang. Gunung yang dikelaskan sebagai yang ke-6 tercabar di Malaysia ini berjaya ditawan sekali lagi oleh Pengakap 20. Aktiviti anjuran Pengakap 20 dengan kerjasama PPD Kota Tinggi juga menjemput beberapa buah sekolah lain di daerah Kota Tinggi iaitu SMK Bandar Mas, SMK Adela, SMK Semenchu dan SMK Laksamana. Selain itu, penyertaan seramai 99 ahli Pengakap pada kali ini mengikuti laluan Taman Hutan Lagenda. Sebelum ini, Pengakap 20 pernah juga mndaki melalui laluan hadapan iaitu di Gunung Ledang Resort. Semua Pengakap berkhemah di CP-4 iaitu di Kolam Gajah. Puncak Gunung Ledang  berjaya ditawan pada 4.40 pagi dengan pasukan pertama dari SMK Adela. Azan Subuh dilaungkan di puncak dan Solat Subuh secara berjemaah juga dilakukan. Cabaran Ledang berjaya!





Deklarasi barang yang dibawa


Berehat di CP 1- Bukit Semput




Berehat di CP 2- Batu Orkid


Tapak perkhemahan


Memasak




Taklimat perjalanan ke puncak 


Penanda aras puncak 






Bergambar beramai-ramai di puncak gunung Ledang


Pemimpin Pengakap SMK Semenchu


Bergambar bersama pemimpin


Di puncak pada jam 5.25 pagi


Pengakap dari SMK Bandar Mas




Pemimpin Pengakap 20/ Penganjur XPDC 
mendaki gunung Ledang


Berada di Gua Majapahit


Berada di Taman Bonsai


Menuruni Batu Hampar


Menuruni Gua Kambing


Ucapan pemimpin

No comments:

Post a Comment