"Pengakap 20 SMK Tg. Datuk Sekali Pengakap, Terus Pengakap" Pengakap 20 SMK PERTAMA: Program Semurni Kasih Ramadan II

Sunday, August 12, 2012

Program Semurni Kasih Ramadan II

Khidmat Masyarakat Bersama ABIM Kota Tinggi

Lokasi: Kampung Sayang, Kampung Sedili Kecil
Tarikh: 12 Ogos 2012

Pengakap 20 sekali lagi menghantar pasukan bantuan kemanusiaan untuk membantu mengagihkan bantuan kepada asnaf-asnaf yang berada d sekitar daerah Kota Tinggi. Kali ini, bantuan dihantar ke mukim Pantai Timur dan mukim Kota Tinggi. Bantuan yang dihulurkan oleh penderma-penderma di sekitar daerah Kota Tinggi ini disalurkan secepat mungkin sebelum Syawal tiba agar mereka dapat menyambut Aidilfitri sama seperti orang lain. Program in yang merupakan rutin tahunan ABIM Kota Tinggi bersempena bulan Ramadan diharap akan mendapat sokongan dari semua pihak. Pengakap 20 berharap untuk menglibatkan diri lagi dalam aktiviti sebegini  pada masa akan datang. InsyaAllah....

Di Kampung Sayang, Kota Tinggi




Memunggah barangan untuk diagihkan


Memeriksa barangan agar mencukupi




Memunggah beras


Memunggah pakaian-pakaian


 Menolong para asnaf mengangkat barangan

Di Kampung Sedili Kechil


Memunggah beras


Mengagihkan barangan keperluan kepada para asnaf


Bergambar beramai-ramai bersama setiausaha ABIM Kota Tinggi 
di hadapan masjid Kg. Sedili Kechil


Kampung Sedili













No comments:

Post a Comment