Pengasas Pengakap Dunia
NAMA SINGKATAN: BP
TARIKH LAHIR: 22 FEBUARI 1857
TEMPAT LAHIR: LONDON, ENGLAND.
PENDIDIKAN AWAL: CHARTER HOUSE, LONDON.
PEKERJAAN : BEKAS MEJER TENTERA BRITISH.
NAMA BAPA: REVEREND H.G. BADEN POWELL.
NAMA ISTERI: LADY OLIVE BADEN POWELL
TARIKH MENINGGAL DUNIA: 8 JANUARI 1941.
Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert
Stephenson Smyth Baden-Powell
yang terkenal dengan nama Lord
Baden-Powell atau BP. Baden-Powell dilahirkan di bandar London , England
pada 22 Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8 Januari, 1941. Bapa
Baden-Powell bernama Reverend H.G. Baden-Powell adalah seorang mahaguru di
Universiti Oxford, London , England . Ibunya ialah anak kepada
Laksamana British bernama W.T. Smyth. Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun,
bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang
sederhana. Pada zaman persekolahan Baden-Powell banyak menceburkan diri dalam
kegiatan sekolahnya seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Dalam masa cuti
sekolah Baden-Powell bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara
berjalan kaki berkhemah, belayar dan berperahu. Setelah berjaya dalam
peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula
berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke
Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera. Beberapa tahun
kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan satu
peperangan di Ashanti , Ghana . Di situ beliau digelar
KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar. Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa
berhati-hati terhadap pergerakan musuh hinggakan beliau digelar IMPEESA yang
bermaksud Serigala yang tak pernah tidur. Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat
menjadi Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon Guard
ke 5. Beliau telah memberi hadiah kepada askar-askar yang menunjukkan kebolehan
yang baik dengan satu lencana bergelar SCOUTS (Peninjau). Dalam tahun 1899
Baden-Powell pulang ke England
membawa sebuah buku yang dikarangnya semasa di Kashmir
berjodol Aids To Scouting. Buku itu mengandungi kisah peninjauan di India .
Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika Selatan untuk
menambahkan dua rejimen askar berkuda untuk mempertahankan sempadan British
dari serangan orang Boer iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orang-orang
British telah mengepung bandar Mafeking ,
iaitu sebuah bandar jajahan British, dengan itu mencetuskan satu peperangan
besar yang dinamakan Peperangan Boer. Dalam peperangan itu, Baden-Powell hanya
mempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding dengan 9,000 orang Boer. Dengan
tipu helah, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga
beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer. Beliau telah menggunakan
budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya Baden-Powell berjaya
memenangi peperangan itu. Di atas kemenangan itu, beliau telah dinaikkan
pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerima
pangkat itu. Selepas perang Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan pasukan
polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Beliau
menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50 tahun. Setelah
bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu
perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang
budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea
berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku "Aids To
Scouting". Budak-budak itu dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar
dan berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati, mengembara, berperahu,
menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malamnya diadakan unggun api.
Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan amat diminati oleh budak-budak yang
menyertainya. Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah
buku berjudul "Scouting For Boys". Kandungannya berdasarkan kepada
pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan
budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan
itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan
Pengakap berkembang di England
dan merebak ke Australia , Canada , New Zealand dan Afrika Selatan.
Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile , Amerika Syarikat ,
Ghana , India dan selepas itu di seluruh
dunia.
No comments:
Post a Comment