Pergerakan Pengakap di Malaysia
bermula pada tahun 1910 di Singapura dimana pengasasnya adalah F.C Sands
seorang peneroka British. Sebelum itu, beberapa percubaan telah dibuat di Pulau
Pinang ( 1908 ) dan Selangor ( 1909 ) tetapi gagal. Bermula disini, Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat dimana kesemua
negeri di Tanah Melayu dan Borneo telah
memiliki sekurang-kurangnya satu pasukan pengakap
pada ketika itu. Berikut adalah senarai pengasas pergerakan pengakap di negeri-negeri Melayu dan Borneo .
1. F.C Sands di Singapura ( 1910 )
2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915
) dan Johor ( 1928 )
3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 )
4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah
(1922)
5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 )
6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 )
7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 )
8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 )
9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 )
10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 )
11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 )
12. Sarawak ( 1915 )
Persekutuan Budak Pengakap Tanah
Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh
Persidangan Pengakap Sedunia pada 1
Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap
Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia
dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak
pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada
Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari
gagasan Malaysia .
No comments:
Post a Comment