"Pengakap 20 SMK Tg. Datuk Sekali Pengakap, Terus Pengakap" Pengakap 20 SMK PERTAMA: Khidmat Masyarakat

Saturday, September 1, 2012

Khidmat Masyarakat

Membersihkan Tanah Perkuburan 2012

Lokasi: Tanah Perkuburan Teluk Empang
Tarikh: 5 Februari 2012

Aktiviti rutin ini dijalankan lagi pada tahun ini. Kali ini ia bertempat di tanah perkuburan Teluk Empang berdasarkan kesepakatan semua ahli Pengakap. Seramai hampir 100 ahli Pengakap terlibat menjayakan aktiviti ini. Semua telah berkumpul di hadapan tanah perkuburan ini sejak awal pagi ini dan ia semestinya dimulakan dengan taklimat dan ucapan pemimpin, ketua kampung atau JKKK dan bacaan doa. Aktiviti bermula dan berhenti seketika pada jam 10 pagi untuk menjamah sarapan yang disediakan oleh pihak JKKK. Ia disambung sehingga jam menunjukkan 12 tengah hari. Semua ahli berkumpul, mendengar ucapan pemimpin dan ketua kampung. Ahli Pengakap bersama-sama ketua kampung bergambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan.




Semua ahli Pengakap membersihkan persekitaran tanah perkuburan



Sistem pengangkutan sampah




Berehat dan menjamah sarapan yang disediakan


Berkumpul setelah selesai dan mendengar ucapan pemimpin dan JKKK




Bergambar beramai - ramai

No comments:

Post a Comment