"Pengakap 20 SMK Tg. Datuk Sekali Pengakap, Terus Pengakap" Pengakap 20 SMK PERTAMA: Majlis Tilawah Al-Quran & Kem Ukhuwan Peringkat Kebangsaan

Sunday, September 23, 2012

Majlis Tilawah Al-Quran & Kem Ukhuwan Peringkat Kebangsaan

Pencapaian Di Peringkat Kebangsaan

Lokasi: Kem Jubli Intan/ Tg.Labuh, Batu Pahat
Tarikh: 21-22 September 2012

Pengakap 20 tampil lagi ke Kem Ukhuwah dan membawa seorang peserta, Nurul Sofea Binti Nasron untuk pertandingan syarahan kategori perempuan peringkat kebangsaan di Kem Tg.Labuh, Batu Pahat. Kem Ukhuwah diadakan bagi menjemput Pengakap seluruh pelosok negeri Johor hadir bagi memeriahkan lagi Majlis Tilawah Al-Qura yang diadakan. Selain itu, pertandingan tilawah Al-Quran, Nasyid dan Syarahan juga diadakan dan merupakan peringkat kebangsaan. Kem Ukhuwah ni membuktikan bahawa Pengakap tidak hanya menitikberatkan aspek lahiriah sahaja malah menekankan lagi aspek rohaniah maka Pengakap menjadi satu badan bukan kerajaan yang lengkap dalam pembangunan modal insannya. Seramai 52 ahli Pengakap 20 menyertai kem Ukhuwah itu. Kem Ukhuwah lengkap dengan aktiviti bercorak keislaman seperti ilmu solat jamak dan qasar, solat jenazah, marhaban, penyembelihan dan sebagainya. Peserta syarahan Pengakap 20 telah berjaya memenangi tempat ke-2 di peringkat kebangsaan. Ini merupakan pencapaian pertama Pengakap 20 dalam peringkat kebangsaan. Pada tahun depan, Pengakap 20 akan menghantar lagi wakil bagi merebut gelaran Johan di peringkat kebangsaan nanti.InsyaAllah...




Tapak Perkhemahan bagi Pengakap 20


Tugasan Dapur


Taklimat Aktiviti


CP Mersing - Sembelihan


CP Kota Tinggi - Solat Jamak & Qasar, Tayamum


Senaman Pagi


Nasyid 


Persembahan Syarahan peserta wakil dari Pengakap 20


Persembahan dari kumpulan nasyid negeri Johor


Pemimpin bergambar bersama Johan nasyid kebangsaan
Pasukan Negeri Johor


Sofea Binti Nasron
Naib Johan pertandingan syarahan peringkat kebangsaan
Bergambar bersama hadiah


Pemimpin bergambar bersama pemenang






Keadaan persekitaran kem Tg. Labuh 
















No comments:

Post a Comment