"Pengakap 20 SMK Tg. Datuk Sekali Pengakap, Terus Pengakap" Pengakap 20 SMK PERTAMA: Tragedi 11 September

Tuesday, September 11, 2012

Tragedi 11 September

Bekas Ketua Patrol Kembali Ke Rahmatullah

Pengakap 20 dikejutkan oleh pemergian seorang ahlinya untuk selama-lamanya. Allahyarham pernah dilantik sebagai ketua patrol Rajawali pada tahun lepas. Allahyarham juga seorang yang periang, bijak dan aktif. Dia pergi adalah disebabkan kemalangan yang dihadapi. Motor yang ditungganginya berlanggar dengan motor seorang lagi ahli Pengakap 20, Faizal Bin Abdillah. Kedua-dua ini mengalami kecederaan namun ketika itu, Faizal telah pengsan namun arwah masih lagi boleh berdiri dan bergerak. Kemalangan tersebut berlaku di Kg.Simon, Teluk Ramunia di simpang berhampiran surau. Allahyarham pergi pada 6.20 keesokkan paginya iaitu padda 11 September 2012 di Hospital Sultanah Aminah disebabkan pendarahan yang berlaku di bahagian kepalanya dan darah itu tidak beku. Akibat kehilangan terlalu banyak darah, Allahyarham pergi meninggalkan segala-galanya. Zairul Fitri Bin Zakaria, al-fatihah untuknya dan hormat terakhir diberikan kepadanya. Hormat Pengakap!


Allahyarham ketika di Kursus Ketua Patrol


No comments:

Post a Comment